Pengeluar kenderaan elektrik (EV) di China sedang berdepan cabaran besar walaupun pasaran EV di negara itu berkembang pesat. Meskipun EV kini menyumbang lebih daripada separuh daripada jualan kereta baru di China.
Persaingan harga yang sengit telah menyebabkan kebanyakan syarikat mengalami kerugian yang besar.
Hanya dua syarikat tempatan, BYD dan Li Auto, yang mencatatkan keuntungan, manakala kira-kira 30 pesaing lain terpaksa menghadapi tekanan untuk mengurangkan kerugian mereka.
Tiga pengeluar EV yang telah mengeluarkan laporan kewangan suku kedua mereka, Xpeng, Zeekr Intelligent Technology, dan Leapmotor. Mereka mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak 42.9 bilion yuan (AS$6 bilion).
Walaupun jumlah kerugian ini menurun sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.Ia tetap menimbulkan kebimbangan bahawa diskaun tambahan akan memburukkan lagi keadaan industri ini.
Menurut David Zhang,
Setiausaha Agung Persatuan Kejuruteraan Kenderaan Pintar Antarabangsa. “Masa tidak memihak kepada banyak syarikat kerana mereka perlu bertahan dalam persaingan harga yang sangat sengit. Apabila mereka kehabisan wang tunai akibat kerugian yang besar, pengeluar kereta akan terpaksa menutup perniagaan mereka.”
Pada Julai, kadar penembusan EV di China melebihi 50 peratus buat kali pertama, didorong oleh insentif kerajaan dan infrastruktur pengecasan yang pesat berkembang.
Menurut Persatuan Kereta Penumpang China, sebanyak 878,400 kenderaan elektrik tulen dan hibrid plug-in telah dihantar kepada pelanggan di China pada bulan lalu. Meningkat 36.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.
Ads
Ini merangkumi 51.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual. China kini menyumbang lebih daripada 60 peratus jualan EV global.
Xiaomi
Vendor telefon pintar Xiaomi, yang berjaya memasuki pasaran EV pada Mac, menyatakan bahawa ia akan mengambil masa sebelum usaha baru ini mula mencatatkan keuntungan.
Model pertama syarikat itu, SU7, merupakan salah satu kejayaan besar tahun ini. Xiaomi menyerahkan 27,307 unit SU7 kepada pembeli di China pada suku terakhir, dengan harga bermula 215,900 yuan.
Namun, kerugian pada model SU7 mungkin besar. Pada April, Citigroup menganggarkan bahawa Xiaomi boleh mencatatkan kerugian bersih sebanyak 4.1 bilion yuan dalam unit EV-nya.
Ads
Berdasarkan jangkaan jualan 60,000 unit pada 2024. Ini bermakna kerugian sebanyak 68,000 yuan bagi setiap kereta. Xiaomi juga menyasarkan penghantaran EV sebanyak 120,000 unit sepanjang tahun ini.
Xpeng
Melaporkan kerugian bersih sebanyak 1.28 bilion yuan untuk suku kedua, menurun 6.6 peratus daripada kerugian 1.37 bilion yuan pada suku pertama.
Pendapatan meningkat 23.8 peratus kepada 8.1 bilion yuan. Zeekr. Pembuat EV premium yang dimiliki oleh Geely Auto, mencatatkan kerugian bersih sebanyak 1.81 bilion yuan untuk tiga bulan berakhir Jun. Walaupun mencatatkan pendapatan suku tahunan tertinggi sebanyak 20 bilion yuan.
BYD
Pada Februari, BYD memulakan perang harga dengan menurunkan harga hampir semua modelnya antara 5 hingga 20 peratus. Selepas itu, harga bagi 50 model dari pelbagai jenama menurun secara purata sebanyak 10 peratus.
Ads
Pengeluar EV China juga menghadapi cabaran dalam meningkatkan jualan di luar negara. Pada Mei, White House mengumumkan kenaikan empat kali ganda tarif ke atas EV buatan China. Bulan lalu, duti tambahan dikenakan di Kesatuan Eropah.
Beijing juga mengumumkan subsidi berganda untuk pembeli EV pada Julai, tetapi insentif ini mungkin tidak mencukupi untuk memperbaiki keuntungan syarikat EV yang sedang berjuang.
Dalam sejarah automotif, banyak pencapaian gemilang telah direkodkan. Ada yang memuji kereta, ada yang memuji pemandu, dan ada yang memuji kedua-duanya. Namun ini adalah kisah pemandu ujian dan Toyota TS010, di mana kedua-duanya berkongsi darah (barangkali) dan tulang yang retak.
Toyota TS010 Raksasa Litar Group C
Toyota TS010 dibangunkan untuk mematuhi peraturan baru Kejohanan Kereta Sport Dunia FIA 1992. Enjin V-10 mempunyai lima injap setiap silinder dan sudut V 72 darjah. Kereta ini menjadi asas ujian teknologi multi-injap Toyota.
Dalam tetapan maksimum, enjin ini menghasilkan 700 kuasa kuda. Untuk perlumbaan di Le Mans, enjin perlu diturunkan kepada 600 kuasa kuda. Gearbox manual enam kelajuan menghantar kuasa ke roda belakang. Dengan spesifikasi Le Mans, TS010 boleh mencapai kelajuan maksimum 215 mph (346 km/h) dan mempunyai berat kering 1,653.4 paun (750 kg), terima kasih kepada monocoque gentian karbonnya.
Toyota TS010 – Livery Biru, Putih
Spesifikasi Toyota TS010
– Enjin: 3.5-liter naturally-aspirated V-10
– Kuasa: 700 HP
– Kuasa De-tuned: 600 HP
– Transmisi: enam-kelajuan manual
– Kelajuan Maksimum: 215 mph (346 km/h)
– Berat: 1,653.4 paun (750 kg)
Sisi belakang TS010
Kisah Pemandu Ujian Toyota
Kereta juga boleh mematahkan tulang rusuk tanpa kemalangan. Namun ada faktor luaran yang perlu diambil kira. Andy Wallace, pada masa itu pemandu ujian untuk Toyota, berkongsi kisahnya dalam satu temubual.
Ia berlaku pada Februari 1992 apabila pasukan lebih daripada 50 jurutera dan lima pemandu ujian ‘berkampung’ di litar perlumbaan Eastern Creek di Australia selama sembilan hari untuk ujian ketahanan dan kelajuan.
Muka Bumi Litar
Litar Eastern Creek mempunyai lurus yang panjang, diikuti oleh selekoh kiri berkelajuan tinggi yang boleh diambil pada 315 km/h (196 mph). Selekoh ini boleh diambil dengan kelajuan penuh, tetapi ada satu masalah – bonggol di tengah-tengahnya.
Kereta Litar dari Toyota untuk perlumbaan endurance
“Saya melalui selekoh itu dan merasakan retakan besar ini, dan dua tulang rusuk saya patah serta-merta hanya dengan memandu kereta,” kata Andy. Perkara yang sama berlaku kepada pemandu seterusnya, Hitoshi Ogawa. Seperti Wallace, pada penghujung jam pertama, di tempat yang sama, perkara yang sama berlaku kepada Ogawa.
Punca yang mungkin menyebabkan kejadian ini;
Keletihan Tulang (Bone Fatigue): Seperti kerangka kereta dan komponen mekanikal yang boleh mengalami keletihan logam, tulang dalam badan manusia juga boleh mengalami keletihan tulang.
Keletihan tulang disebabkan oleh retakan tekanan. Faktor utama yang boleh menyumbang kepada ini termasuk latihan intensif dan pendedahan kepada persekitaran yang ekstrem. Perlumbaan ketahanan boleh dilihat sebagai salah satu bentuk pemanduan kompetitif yang paling ekstrem, jadi tidak mustahil keletihan tulang boleh berlaku dalam senario ini.
TS010 – 600HP, Bertanding di LeMans
Daya Mendap TS010 (Downforce): Selekoh Turn 1 di Eastern Creek boleh diambil pada kelajuan lebih daripada 190 mph (307 km/h). Dalam mod “corner carver” maksimum, kereta ini boleh menghasilkan dari 5,249 paun (2,381 kg) hingga 7,298 paun (3,310 kg) daya mendap, bergantung pada tetapan.
Peralihan Daya Graviti (G-Force): Daya Graviti maksimum yang boleh dialami oleh manusia adalah 9G dan itu hanya untuk beberapa saat. Walaupun ada yang mencadangkan bahawa daya G yang dialami oleh Wallace dan Ogawa adalah sekitar 5G. Sebenarnya kadar peralihan daya G yang menyumbang kepada tulang rusuk yang patah. Bonggol di Turn 1 mencipta sentakan yang menyebabkan peralihan pantas dalam daya G, yang akhirnya menyebabkan tulang rusuk kedua-dua pemandu patah.
TS010 Diabadikan dalam Sejarah
Kesimpulannya, Toyota TS010 adalah sebuah mesin yang berkuasa dan mempunyai kejayaan perlumbaan. Kualitinya yang luar biasa adalah identitinya walaupun dengan enjin yang baru. Ia lebih boleh dipercayai daripada jangkaan jurutera dan pemandu. Selepas sembilan hari ujian (dan tulang rusuk yang patah), jurutera Jepun memuji kereta ini sebagai “lebih kuat daripada pemandu.”
Kereta lumba Group C ini akhirnya digantikan oleh Toyota TS020 dan seterusnya TS030. Andy Wallace sendiri berkata, “Toyota itu, sehingga hari ini, adalah salah satu kereta lumba terbaik yang pernah saya pandu – ia luar biasa. Sayangnya, Peugeot membina kereta yang sedikit lebih baik.”
Iván Cervantes, nama besar dalam dunia Enduro dan juga merupakan Duta Global bagi jenama Triumph. Terbaru, dia telah menempa namanya dalam sejarah sukan pemotoran dengan meraih gelaran Rekod Dunia Guinness untuk Jarak terpanjang menunggang motosikal dalam tempoh 24 jam (individu).
Iván melakukannya dengan menunggang motosikal Tiger 1200 GT Explorer, sebuah motosikal standard yang disediakan oleh Triumph. Satu-satunya penyelenggaraan yang dilakukan pada motosikal itu hanyalah pertukaran tayar yang dirancang sebelum pertandingan.
High-Speed Ring di Pusat Teknikal Nardò, Itali ialah lokasi tunggangan ini dilakukan. Lokasi ini merupakan sebuah tempat di mana Iván tidak terhalang oleh kesesakan lalu lintas atau cuaca buruk semasa cubaan ini. Iván telah menunggang sejauh 4012.53km (2493.27 batu) dalam tempoh 24 jam!
Kredit Foto : Website Carolenash
Untuk memberi gambaran tentang jarak perjalanan ini, bermula daripada Johor Baharu anda menunggang motosikal ke Bukit Kayu Hitam dan ulang alik semula perjalanan tersebut sebanyak 5 kali.
Percubaan untuk memecahkan rekod ini disaksikan oleh penilai Rasmi Rekod Dunia Guinness yang mengesahkan pencapaian luar biasa Iván ini. Kejayaan ini diperolehi dengan purata kelajuan 167.79km/jam.
Iván, dengan rendah hati, berkongsi pengalaman menariknya semasa tunggangan ini. Beliau mengakui bahawa cuaca menjadi cabaran utama, namun, keupayaan motosikal yang dilengkapi dengan skrin besar dan perlindungan yang cekap memberikannya kelebihan.
Rekod Dunia ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan dan keupayaan Iván sebagai penunggang motosikal yang hebat, tetapi juga ketekunan, semangat, dan keazaman yang diserap oleh jenama Triumph. Ini bukan hanya satu pencapaian bagi Iván, tetapi juga untuk jenama Triumph secara keseluruhannya.
Kredit Foto : Website Carolenash
Informasi secara ringkas dalam bentuk nombor :
Tempoh percubaan: 24 jam
Jarak keseluruhan yang ditempuh: 4012.53km
Lokasi: High Speed Ring, Pusat Teknikal Nardò, Itali
Panjang satu pusingan: 12.649km
Bilangan pusingan: 317
Kelajuan menunggang: Lebih 200km/jam
Purata kelajuan selama 24 jam: 167.79km/jam
Jumlah berhenti: 18
Liter bahan api digunakan: 520
Bilangan pertukaran tayar: 1
Jam tidur: 0
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kalendar MotoGP 2024 telah dikemas kini dengan pengurangan dari 22 pusingan kepada 21 pusingan berikutan pembatalan perlumbaan di Argentina.
Acara di Termas de Rio Hondo yang sepatutnya berlangsung pada 5-7 April sebagai pusingan ketiga musim ini, telah dibatalkan disebabkan oleh langkah penjimatan kos oleh kerajaan.
MotoGP India yang sebelum ini dibatalkan, dijangka akan kembali pada awal 2025. Tempat India diambil alih oleh MotoGP Kazakhstan yang ditangguhkan tetapi akhirnya dibatalkan.
Sebagai gantinya, pusingan kedua di Misano, dinamakan Emilia-Romagna MotoGP, akan diadakan. Ini bermakna dua pusingan berturut-turut akan diadakan di Misano.
Barisan penunggang MotoGP 2024
Musim ini akan mengekalkan pendekatan berasaskan wilayah, mengelompokkan perlumbaan mengikut geografi. Terdapat 10 pusingan sebelum rehat musim panas, dan 11 pusingan selepasnya.
Qatar kembali sebagai pembuka musim pada 10 Mac, sebelum siri ini menuju ke Portugal dua minggu kemudian untuk pusingan kedua. Portugal dan India masih tertakluk kepada kontrak sebelum dapat disahkan.
Silverstone akan menjadi tuan rumah perlumbaan pertama selepas rehat musim panas. Terdapat dua siri tiga perlumbaan berturut-turut dalam separuh kedua 2024 – Emilia-Romagna, Indonesia, Jepun dan kemudian Australia, Thailand, Malaysia. Musim ini akan berakhir pada 17 November di Valencia.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...