Berita

Pelan Pelebaran Lebuhraya KL-Karak Bagi Mengurangkan Kesesakan Bermula Suku Kedua 2024

Share

Rancangan pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang sedang dipertimbangkan pada suku kedua tahun 2024 oleh syarikat konsesi ANIH Berhad menjadi fokus utama untuk mengatasi masalah kesesakan di lebuh raya tersebut.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek pelebaran ini akan merangkumi sebahagian besar dari Plaza Tol Gombak sehingga persimpangan Central Spine Road, Bentong.

Jelasnya lagi, langkah ini diharapkan akan mencipta sebuah jaringan lebuh raya yang lebih luas, membolehkan perjalanan yang lebih pantas, efisien dan mengatasi isu kesesakan trafik yang sering berlaku di KLK. Ia terutamanya ketika semasa musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

Abdul Rahman juga menekankan bahawa ANIH Berhad telah mematuhi perjanjian kontrak dengan memasang lampu-lampu di KLK. Selain itu, kerajaan sendiri telah memasang lampu di jajaran Gombak, Terowong Genting Sempah hingga persimpangan Central Spine Road, yang termasuk dalam lingkup pelebaran yang akan dilaksanakan.

Kredit Foto: Internet

Semasa sesi lisan di Dewan Rakyat, Abdul Rahman menjelaskan bahawa projek ini juga akan memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF). Tujuannya adalah untuk mengalirkan pergerakan trafik di plaza tol yang bersesuaian.

Dalam menjawab soalan tambahan, Abdul Rahman menyatakan bahawa pengaktifan lorong pintar menggunakan lorong kecemasan telah dilaksanakan, walaupun masih belum sepenuhnya kerana spesifikasi teknikalnya memerlukan lebaran 2.5 meter. Namun, dalam kerangka pelebaran ini, mereka berusaha untuk memperluaskan lorong pintar sehingga mencapai lebaran 3 meter agar penggunaannya dapat dimaksimumkan.

Sama-sama kita berharap agar projek ini dapat berjalan lancar seterusnya dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada pengguna jalan raya khususnya apabila tiba musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan