Berita

Panduan Ringkas Tuntutan Insurans Akibat Kemalangan Dengan Haiwan Liar

Share

Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa. Lebih merumitkan apabila ia melibatkan haiwan liar. Kawasan sekitar hutan seringkali menjadi lokasi utama kemalangan ini berlaku di mana ia lokasi panas haiwan liar melintas jalan. Secara tidak langsung mengundang risiko yang tinggi kepada pemandu.

Apabila berlakunya situasi ini, soalan yang sering diajukan adalah: “Adakah saya boleh membuat tuntutan insurans?” Menurut sumber daripada laman sesawang Bijak.my, jawapannya adalah ya, asalkan anda mempunyai polisi insurans kenderaan komprehensif. Namun, ini mungkin akan mempengaruhi diskaun tuntutan insurans anda pada tahun berikutnya.

Proses tuntutan insurans cukup mudah. Anda perlu menilai kerosakan pada kenderaan anda, menghubungi syarikat insurans, mengambil gambar sebagai bukti, membuat laporan polis dalam masa 24 jam, dan membawa kenderaan anda ke bengkel yang disyorkan oleh syarikat insurans. Pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk mempercepat proses.

Kredit Foto : Website hmetro

Walau bagaimanapun, pencegahan tetap lebih baik daripada mengubati. Pastikan anda faham dan ingat semua papan tanda jalan raya, terutamanya yang memberi amaran tentang kemungkinan kehadiran haiwan liar. Sentiasa berwaspada adalah kunci utama untuk mengelakkan kemalangan.

Keselamatan anda dan penumpang lain harus sentiasa menjadi keutamaan. Oleh itu, sentiasalah berhati-hati, terutama di kawasan berhampiran hutan atau tempat yang sering dilalui oleh haiwan liar.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi