Berita

Pad Brek, Jangan Ambil Remeh!

Share

Sistem brek yang berfungsi dengan baik mampu menyelamatkan nyawa anda ketika berada dalam situasi kecemasan. Komponen ini berfungsi melalui geseran yang diletakkan ke atas piring cakera melalui kaliper yang berfungsi untuk memberi tekanan kepada pad brek. Sebagai pengguna kenderaan, anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk anda menukar pad brek anda serta anda perlu mengetahui tanda – tanda pad brek anda perlu ditukar.

Sistem brek merupakan komponen yang perlu diselenggara selain daripada penukaran minyak enjin. Namun begitu, penyelenggaran sistem brek tidaklah terlalu kerap, tetapi komponen ini masih perlu diperiksa walaupun tidak mempunyai tanda-tanda kerosakkan yang ketara.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengetahui keadaan brek kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik?

Kredit foto: Website Pexels

Bunyi bising.

Bunyi geseran, kisaran atau bunyi berdenting merupakan salah satu simptom pad brek anda telah rosak. Bunyi ini terhasil apabila berlaku geseran di permukaan yang tidak rata dan menyebabkan geseran pada permukaan piring cakera tidak sempurna. Jika anda terdengar bunyi seperti ini, segera ke bengkel yang berhampiran.

 

Kenderaan lambat berhenti selepas brek ditekan.

Jika anda merasa kereta anda bergegar sewaktu menekan brek, ini bermakna sistem brek anda dalam keadaan yang tidak baik. Keadaan ini disebabkan piring cakera terlalu panas kerana geseran daripada pad brek tidak sempurna.

 

Kenderaan hilang imbangan sewaktu menekan brek.

Apabila anda menekan brek, kemudian kenderaan anda membelok ke satu sisi sahaja bermakna pad brek anda telah nipis dalam keadaan yang tidak sekata. Perkara ini mungkin berlaku jika sistem kaliper brek tersumbat dan menyebabkan berlakunya sekatan kepada omboh kaliper dan pad brek tersekat di situ. Keadaan ini menyebabkan pad brek bergesel secara berterusan walaupun brek tidak ditekan.

Jika anda tidak mahir untuk memeriksa keadaan brek kenderaan anda, anda boleh lakukan pemeriksaan brek sewaktu anda menukar minyak enjin secara berkala. Jangan risau, mekanik tidak memarahi anda jika anda minta beliau untuk memeriksa keadaan brek kenderaan anda.

Mungkin ada caj yang akan dikenankan tetapi tidak terlalu mahal.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.