Sempena musim perayaan Aidiladha yang bakal tiba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pelaksanaan Operasi Khas Raya Aidiladha 2025. Ia akan berlangsung dari 4 hingga 10 Jun di seluruh negara.
Operasi ini bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum, terutama ketika trafik dijangka meningkat.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, operasi ini bukan sekadar pemeriksaan rutin, sebaliknya melibatkan tujuh strategi utama yang akan dijalankan secara serentak:
Dalam tempoh operasi ini, JPJ akan memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), termasuk:
Kesalahan-kesalahan ini dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya, terutamanya ketika musim perayaan.
JPJ menyatakan komitmen mereka untuk menurunkan kadar kemalangan maut dan kecederaan sekurang-kurangnya 50% menjelang tahun 2030. Langkah penguatkuasaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Bagi orang ramai yang ingin melaporkan sebarang kesalahan trafik sepanjang musim perayaan ini, JPJ turut menyediakan saluran digital seperti:
Operasi khas sempena Aidiladha ini bukan sekadar untuk menguatkuasakan undang-undang. Tetapi juga sebagai langkah proaktif JPJ dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya
.Jadi kalau anda akan memandu pulang ke kampung atau ke destinasi percutian, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan patuhi undang-undang jalan raya. Jangan jadikan hari raya anda berakhir di hospital atau mahkamah.
Dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Baca Juga JPJ Tunjuk Cara Mudah Buat Aduan Kesalahan Lalu Lintas Guna Aplikasi MyJPJ
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.