Berita

Mulakan Pagi Anda dengan ‘Borak SeeNI’, Program Bual Bicara Terbaharu di Astro Prima!

Share

Astro, bersama Nu Ideaktiv, kini mempersembahkan program bual bicara baharu dan segar, ‘Borak SeeNI’. 

Dibawakan khas untuk anda, program ini membincangkan pelbagai topik menarik, inspiratif, dan relevan dalam kehidupan harian. Setiap Selasa hingga Jumaat, mulai jam 11 pagi, anda boleh menyaksikan rancangan ini secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

‘Borak SeeNI’

Bukan sekadar program bual bicara biasa. Ia menyelami isu-isu menarik seperti keluarga, gaya hidup, dan kesihatan, dengan pandangan daripada pakar-pakar terkemuka. 

Apa yang lebih menarik, program ini juga mengetengahkan individu berpengaruh dan berjaya. Ini dapat memberi inspirasi kepada penonton dengan kisah pencapaian mereka dalam pelbagai bidang.

Teknologi canggih yang digunakan dalam produksi ‘Borak SeeNI’ juga membezakannya daripada program lain. Dengan aplikasi studio Extended Reality (XR) dan Augmented Reality (AR), visual yang dipersembahkan lebih moden dan memukau. 

Ini memberi impak visual yang mendalam kepada penonton dan menjadikan program ini lebih menarik untuk ditonton. AR turut memberi peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mempromosikan produk mereka secara lebih dinamik, membuka ruang baharu dalam dunia perniagaan digital.

Menurut Datin Norashikin Habibur Rahman, Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), “Program ini bukan sahaja bual bicara mengenai isu semasa, tetapi juga menggunakan teknologi terkini XR dan AR untuk meningkatkan pengalaman visual penonton. 

Kami juga ingin membantu SME mempromosikan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.”

Interaktiviti Penonton

Salah satu keunikan ‘Borak SeeNI’ adalah penekanan pada interaktiviti penonton secara langsung

Penonton boleh menyertai perbincangan dan memberi pandangan secara terus, menjadikan mereka sebahagian daripada rancangan. Program ini juga dihasilkan oleh Nu Ideaktiv, yang mengambil inspirasi daripada 17 kandungan digital mereka. Kini disesuaikan ke dalam format program bual bicara, meliputi pelbagai aspek kehidupan.

Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, menyatakan rasa teruja beliau terhadap kerjasama antara Nu Ideaktiv dan Astro. “Saya yakin kolaborasi ini dapat memperkasa SME dalam memperkukuhkan jenama mereka. Selain memastikan program ini berjaya mencipta impak dalam landskap digital.”

Program ini turut menampilkan gandingan pengacara popular seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan, dan Keanu Azman. Mereka dipilih khusus untuk menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dan menjadikan ‘Borak SeeNI’ relevan kepada semua.

Bagi mereka yang ingin menonton secara fleksibel, ‘Borak SeeNI’ boleh diakses menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box. Serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO, dan sooka. 

Jadi, apa tunggu lagi? Daftar Astro Baharu sekarang dengan tawaran masa terhad serendah RM41.99/sebulan, lengkap dengan pemasangan percuma*! Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Dari Nu Ideaktiv

Baca Juga Nissan Kicks e-Power Bakal Dilancarkan di Malaysia – SUV Hibrid Terbaru dari Nissan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan