Berita

Motosikal Edisi Terhad AMB 001 Aston Martin & Brough Superior

Share

Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini antara reka bentuk ikonik Aston Martin dan kejuruteraan canggih Brough Superior, bergabung untuk mencipta sebuah motosikal edisi terhad!

Ia menonjolkan gabungan  seni reka keanggunan  ikonik Aston Martin dengan ketepatan kejuruteraan tersohor dari Brough Superior.

Kredit Foto : Website Aston Martin

Inilah motosikal yang cukup mantap dan unik, AMB 001 yang dihasilkan bagi kegunaan di litar perlumbaan. Lebih menarik hanya 100 unit yang sahaja yang dikeluarkan dan tersedia. Ramai menjangkakan kolaborasi ini akan memukau peminat motosikal di seluruh dunia.

AMB 001 dijana dengan kuasa hebat belum pernah disaksikan menerusi model Brough Superior sebelum ini iaitu enjin berturbo.

Enjin V-twin 88 darjah DOHC 997cc 8-Valve, berpendingin air dan minyak, mempunyai short stroke  94mm x 71.8mm dan memberikan kuasa luar biasa sebanyak 134 kW (180 hp) sambil mengekalkan berat kering hanya 180 kilogram.

Kredit Foto : Website Aston Martin

Pemindahan enjin berkuasa turbo ini menawarkan respons yang tiada tandingan kepada pemandu dan tork yang sangat besar di seluruh julat RPM. Kotak gear enam kelajuan dengan kopling APTC dan final chain drive memastikan ketepatan dan menjadikan setiap pemanduan adalah pengalaman yang mendebarkan.

Chassis AMB 001 adalah bukti kepada keunggulan kejuruteraan. Dicipta melalui mesin CNC daripada solid backbone bolted, ia dipaut pada enjin V-twin, berfungsi sebagai komponen struktural dan memberikan stiffness yang luar biasa tanpa menambah berat berlebihan. Subframe belakang, yang dibina daripada karbon serat struktural, meningkatkan kekuatan dan kelebihan kepada berat motosikal.

Roda aluminium forged yang mempamerkan reka bentuk eksklusif AMB 001, memastikan prestasi dan estetika yang luar biasa. Bagi menjamin kuasa brek yang tidak tertandingi, sistem brek khas, yang diperbuat sepenuhnya daripada komponen padat, mempunyai piston silinder utama radial dengan ball bearing action, menghasilkan prestasi brek yang lancar dan berkesan.

Badan AMB 001 adalah bukti kepada penggabungan kejuruteraan prestasi tinggi dan kemahiran pembuatan mewah. Setiap bahagian badan, termasuk yang tersembunyi di bawah cat, dihasilkan dengan teliti daripada serat karbon, tidak hanya memastikan ketelitian struktur tetapi juga menyumbang kepada pengurangan berat.

Kredit Foto : Website Aston Martin

Tempat duduk kulit, yang mengingatkan kepada reka bentuk interior kereta mewah, mempunyai kulit berkualiti tinggi dan jahitan daripada pakar, memberikan keselesaan dan ciri -ciri yang elegan. Seiring dengan kemewahan ini adalah pegangan brek tangan yang dibuat secara tangan, melengkapkan pengalaman pemanduan premium.

Berasal daripada supercar AMR Aston Martin, logo Sayap Aston Martin yang ikonik dihasilkan dengan teliti daripada lembaran logam nipis dan diintegrasikan secara lancar ke dalam lapisan lacquer yang sempurna.

Kolaborasi antara dua jenama ikonik ini mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa. Dengan hanya 100 unit yang tersedia, AMB 001 bakal menjadi  koleksi motosikal yang dihargai dan menjadi simbol semangat kejuruteraan dan inovasi yang berterusan Aston Martin.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi