Berita

Motosikal Berkuasa Tinggi QJMotor SRK1000RR Muncul Sebagai China’s First Inline-Four Superbike.

Share

QJMotor telah bekerjasama dengan MV Agusta untuk mencipta motosikal China’s first inline-four superbike berkuasa tinggi SRK1000RR.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, kewujudan motosikal itu telah disahkan pada mesyuarat pengedar QJMotor dengan penampilan sulung yang dirancang menjelang penghujung 2023 dan pengeluaran pula dijadualkan bermula pada suku pertama 2024.

SRK1000RR mempunyai kapasiti enjin 921cc dan mempunyai 125 kuasa kuda. Enjin berkuasa 921cc itu adalah biasa,  kerana MV menggunakan enjin ini pada motosikal konsep retro 921 S yang pernah ditunjukkan tahun lepas dan masih belum dipasarkan.

Kredit foto : Website topspeed.com

Berikut adalah kualiti QJMotor SRK1000RR secara terperinci :

Sistem Suspensi Berkualiti

Sistem Suspensi Marzocchi adalah daripada Model Brutale 1000 RS, tetapi pada tahun 2022 syarikat induk QJMotor Qianjiang telah mengambil tanggungjawab untuk membuat bahagian Marzocchi, jadi ia sebenarnya buatan China.

Portly performer

Spesifikasi untuk motosikal ini termasuk berat kering 215kg dan jarak roda 1425mm – 10mm lebih panjang daripada Brutale 1000 RS. Tayar belakang menggunakan saiz 190 bahagian dan hadapan menggunakan saiz 120 bahagian pada rim 17 inci.

Reka Bentuk luaran

Bingkai dan Swing arm agak mirip dengan model Brutale 1000 RS, tetapi QJMotor mempunyai sistem penggayaan dan ekzos sendiri.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi