Berita

Mitsubishi Triton 2024 Serba Baharu!

Share

Dikala semua pengeluar kereta berebut-rebut untuk menghasilkan kenderaan EV, Mitsubishi masih lagi aktif untuk menghasilkan model-model baharu untuk peminat 3 diamond. Bertempat di Bangkok, Mitsubishi Motors telah melancarkan trak pikap generasi terbaharu Triton 2024 dan model ini dijangka buat pertama kali akan memasuki pasaran Jepun padan tahun hadapan.

Kredit foto : Facebook Paul Maric

Double-cab, single -cab dan juga club-cab merupakan tiga bentuk badan yang baharu untuk model Triton 2024 ditambah juga dengan elemen “Mitsubishi-ness” menjadi tarikan terbaharu model trak pikap buatan Mitsubishi ini.

Kredit foto : Facebook Paul Maric

Daripada segi saiz, model terbaharu ini 65 peratus lebih luas berbanding dengan model sebelumnya dan menjadikan kadar ketegaran lenturan 40 peratus dan ketegaran kilasan 60 peratus. Dengan menggunakan platform baharu ladder-frame dan menggunakan keluli tegangan tinggi (1,180 MPa) yang dapat meminimumkan penambahan berat badan.

Kredit foto : Facebook Paul Maric

Jentera yang menggunakan pengecas turbo ini mampu untuk menjana kuasa sehingga 201 kuasa kuda dan 470 Nm bagi varian yang tertinggi dan 148 kuasa kuda dan 330Nm atau 181 hp dan 430 Nm untuk varian standard. Nadi diesel 4N16 dengan tiga output berbeza adalah ciri baharu yang menggantikan nadi 4N15 untuk model sebelum ini.

Kredit foto : Facebook Paul Maric

Mempunyai tujuh mod ( Normal,Eco, Gravel, Snow, Mud, Sand dan Rock ) ditambah dengan transmisi enam kelajuan atau transmisi manual enam kelajuan, ia pasti memberi satu pengalaman pemanduan yang agresif kepada pemandu.

Sistem suspense double wishbone di bahagian depan dan sistem spring dedaun untuk bahagian belakang memberi keselesaan semasa pemanduan dan dapat mengekalkan elemen kekukuhan dan sifat tahan lasak trak tersebut.

Kredit foto : Facebook Paul Maric

Sama seperti kebanyakan model-model kereta baharu, Mitsubishi Triton juga mempunyai aplikasi Mitsubishi Connect yang mampu untuk membuat panggilan kecemasan secara automatik jika beg udara menggelembung. Fungsi pencarian kenderaan, semakan status bahan api, sejarah pemanduan serta operasi jarak jauh hanya dengan menggunakan aplikasi ini.

Kredit foto : Facebook Paul Maric

Dijangka akan dipasarkan pada tahun hadapan, model ini pasti akan mendapat sambutan jika memasuki pasaran Malaysia ditambah pula dengan modifikasi rim yang lebih besar pasti akan mencuri tumpuan ramai.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi