Minyak enjin adalah komponen yang sangat penting dalam menjaga prestasi dan jangka hayat enjin kereta. Minyak enjin berfungsi menjadi agen pelinciran pada komponen enjin, mencegah geseran dan panas berlebihan, serta membersihkan kotoran dan mendapan yang terbentuk semasa enjin beroperasi.

Minyak Enjin Kereta Menjadi Kering. Apakah Punca Masalah Ini Berlaku?
Kredit foto : www.ingenieriaymecanicaautomotriz.com

Jika minyak enjin menjadi kering, ini boleh menyebabkan masalah serius pada enjin kereta. Punca minyak enjin menjadi kering boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :-

 

1.Kebocoran

Salah satu punca utama minyak enjin menjadi kering adalah kebocoran. Kebocoran boleh berlaku di pelbagai bahagian enjin, seperti gasket, penyumbat, atau bahagian enjin yang telah rosak.

Minyak Enjin Kereta Menjadi Kering. Apakah Punca Masalah Ini Berlaku?
Kredit foto : mechanicbase.com

Kebocoran acap berlaku selepas penukaran minyak hitam apabila oil seal yang digunakan untuk menutup salur minyak enjin dikeluarkan tetapi tidak diganti dengan oil seal yang baru. Keadaan ini menyebabkan nut tidak dapat diikat dengan kemas dan berlaku kebocoran.

 

Jika terdapat kebocoran yang berterusan, tahap minyak enjin akan menurun secara beransur-ansur sehingga menjadi kering.

 

2.Penggunaan Minyak yang Berlebihan

Ads

Mengisi minyak enjin melebihi paras yang ditetapkan boleh menyebabkan penurunan paras minyak secara lebih cepat. Ini kerana minyak yang berlebihan boleh terbakar semasa enjin beroperasi.

Minyak Enjin Kereta Menjadi Kering. Apakah Punca Masalah Ini Berlaku?
Kredit foto : m.media-amazon.com

Kebiasaan di pusat servis kenderaan yang diiktiraf, mereka akan menggunakan jag untuk memastikan sukatan minyak engin adalah tepat dan tidak berlebihan.

 

3.Pemanduan yang Ekstrem

Operasi enjin dalam keadaan suhu yang sangat tinggi atau beban yang berat boleh menyebabkan penurunan tahap minyak dengan lebih cepat. Enjin yang terdedah kepada keadaan ekstrem atau pemanduan berlebihan boleh mengakibatkan penguapan minyak yang lebih cepat.

 

Untuk perlumbaan, pemilik kenderaan akan menggunakan minyak enjin yang lebih mahal bersesuaian dengan suhu yang sangat tinggi untuk memastikan komponen enjin tidak mempunyai geseran yang tinggi.

Ads

Minyak enjin untuk perlumbaan boleh mencecah harga sehingga RM500 dan keatas.

 

4.Penggunaan Minyak Yang Tidak Sesuai

Menggunakan jenis minyak enjin yang tidak sesuai untuk kereta anda boleh menyebabkan masalah. Setiap enjin memerlukan jenis minyak yang sesuai dengan spesifikasi pengeluar enjin. Menggunakan minyak yang tidak sesuai boleh menyebabkan minyak cepat habis dan mengganggu sistem pelinciran.

Minyak Enjin Kereta Menjadi Kering. Apakah Punca Masalah Ini Berlaku?
Kredit foto : www.mydadsva.com

Kenderaan yang menjangkau usia 10 tahun tidak sesuai untuk menggunakan minyak enjin yang mempunyai tahap kelikatan yang kurang seperti minyak enjin sintetik penuh kerana terdapat komponen enjin yang telah haus (worn out).

 

Ads

 

5.Kerosakan pada Sistem Pelinciran

Gangguan atau kerosakan pada sistem pelinciran, seperti pam minyak yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan pengedaran minyak yang tidak cukup ke seluruh komponen enjin. Ini boleh mengakibatkan penggunaan minyak yang lebih cepat.

 

Untuk mengelakkan masalah minyak enjin menjadi kering, pastikan untuk menjalankan penyelenggaraan berkala pada kereta anda. Periksa tahap minyak secara berkala dan pastikan anda menggunakan jenis minyak yang sesuai dengan spesifikasi enjin kereta anda.

Jika anda mengesan kebocoran atau masalah lain yang berkaitan dengan minyak enjin, sebaiknya bawa kereta anda ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki oleh pakar automotif.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI