Mercedes-AMG GT Coupe 2024. Mewah, Praktikal, Pantas

Share

Dari SLS Gullwing kepada GT generasi pertama, serta SLR McLaren-Benz. Sebelum tiga model ini, kereta sport Mercedes-AMG coupe telah menggabungkan kecemerlangan dan prestasi sehingga ke tahap hedonistik selama bertahun-tahun.

Kredit Foto: motor1.com

Walau bagaimanapun, reka bentuk semula AMG GT Coupe 2024 yang menyerupai banyak roadster SL terkini nampaknya menunjukkan barisan jurutera AMG telah mengambil pendekatan yang lebih luas dan praktikal.

Kredit Foto: motor1.com

Bagi generasi kedua AMG GT, reka bentuk badan yang membonjol dan muncung yang menjunam menjadikan ia lebih lembut di mata berbanding model sebelumnya. Model ini menggunakan rangka aluminium yang terdiri daripada keluli, magnesium dan gentian karbon.

Kredit Foto: motor1.com

Dimensinya juga telah meningkat sedikit dengan jarak antara roda 2,700 mm (+70 mm) dan panjang 4,728 mm (+182 mm), Mercedes-AMG GT 2024 generasi kedua mempunyai lebar 45 mm dan tinggi 66 mm.

Kredit Foto: motor1.com

Sebagai tambahan kepada spoiler belakang yang aktif, terdapat juga sistem aerodinamik aktif di bahagian hadapan bawah badan kereta. Pakej pilihan aerodinamik termasuk, tambahan pesongan udara hadapan, diffuser belakang yang lebih jelas dan sayap statik di belakang.

Kredit Foto: motor1.com

Untuk bahagian hadapan, ia mempunyai unit lampu utama yang berbeza berbanding AMG SL dan jeriji Panamericana dengan kemasan hitam berkilat di bahagian hadapan manakala bahagian belakang unit lampu kelihatan lebih nipis.

Kredit Foto: motor1.com

Menurut jurucakap AMG, AMG GT datang dengan rim 20 inci standard; ia juga boleh dinaik taraf kepada rim 21 inci. Tambahan lagi, objektif utama reka bentuk semula GT adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan sedia ada yang menginginkan ciri praktikal yang lebih tinggi tanpa mengurangkan prestasi.

Kredit Foto: motor1.com

Oleh itu, sistem pacuan semua roda (AWD) kini standard, menggantikan pacuan roda belakang kereta. Sistem ini boleh menghantar sehingga 50% tork enjin ke roda hadapan atau 100% ke gandar belakang.

Kredit Foto: motor1.com

Untuk model GT55, enjin 4.0-liter V8 berkembar AMG mempunyai 469 kuasa kuda dan daya kilas 516Nm dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan kelajuan tertinggi 295 km/j,

Kredit Foto: motor1.com

Manakala untuk varian AMG GT63, ia mampu menghasilkan 577 kuasa kuda dengan daya kilas 590 Nm dan pecutan 0-100 km/j dalam 3.2 saat dan kelajuan tertinggi 315 km/j.

Kredit Foto: motor1.com

Berbanding dengan GT lama, kabin baharu ini lebih besar, lebih mewah dan lebih mudah dilihat, terutamanya dengan pilihan bumbung kaca panoramik. Mereka turut menawarkan konfigurasi kerusi 2+2 yang lebih praktikal.

Kredit Foto: motor1.com

Bahagian dalaman GT baharu terdiri daripada pendingin hawa yang kelihatan seperti turbin dan skrin paparan tengah 11.9 inci, ia adalah tetapan berteknologi tinggi yang 

akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kredit Foto: motor1.com

Tempat duduk jenis ‘bucket’ yang mempunyai fungsi urutan akan menjadi standard dan boleh dinaik taraf untuk menjadi tempat duduk yang lebih agresif untuk prestasi. Ruang simpan juga boleh diluaskan daripada 321 liter ke 675 liter jika dilipat tempat duduk belakang.

Kredit Foto: motor1.com

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan