Buat pemilik motorsikal Yamaha 125Z, Mega Gathering Yamaha 125Z merupakan acara gergasi yang pasti dinantikan kemunculannya setiap tahun. Imbas kembali, penganjuran acara ini untuk edisi ke-3 pada tahun 2018 bersempena  ulang tahun ke-20 Yamaha 125Z telah berjaya mengumpulkan puluhan ribu unit jentera Yamaha 125Z pada acara tersebut.

 

Mega Gathering Yamaha 125Z Kembali untuk Edisi Ke-5
Encik Kamarul Rahman, Penganjur Mega Gathering 125Z 2023

Untuk edisi Mega Gathering 125Z 2023, acara ini sekali lagi bakal berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan lokasi yang agak jauh dari kediaman pastinya menjamin keselesaan peserta dan memberi ruang kepada penganjur untuk menjalankan program dengan lancar.

Mega Gathering Yamaha 125Z Kembali untuk Edisi Ke-5

Penganjuran pada tahun ini bakal memecah keheningan sunyi di MAEPS Serdang dengan deruman ekzos motosikal berkuasa 125cc dan untuk julung kalinya menggabungkan bersama jentera daripada model Kawasaki Superkips. Antara kategori yang bakal dipertandingkan untuk model 125Z adalah:

Ads

1. Yamaha 125Z/ZR Full Original Tahun 2006 dan kebawah

  1. Yamaha 125Z/ZR Restore Recond Tahun 1998 sehingga Tahun 2008
  2. Yamaha 125Z/ZR Restore Original Tahun 1998 sehingga Tahun 2006
  3. Yamaha 125Z/ZR Custom Atau Airbrush.

 

Manakala untuk Model Kawasaki KIPS, antara kategori yang akan dipertandingkan adalah:

Ads

1 .Kawasaki Superkips NOS

  1. Kawasaki Superkips Sticker Custom
  2. Kawasaki Superkips Airbrush
  3. Kawasaki Superkips Thailook
  4. Kawasaki Superkips Paling Rare
  5. Kawasaki Retro Terbaik.

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM20 dan peserta wajib membeli baju rasmi keluaran pihak penganjur.

Ads

Mega Gathering Yamaha 125Z Kembali untuk Edisi Ke-5

Bagi semua peminat motosikal di luar sana, jangan lupa hadirkan diri anda di MAEPS Serdang pada hari Sabtu, 8 Julai 2023 seawal jam 9 pagi. Para peserta diingatkan supaya mengutamakan keselamatan dalam perjalanan hadir dan pulang ke acara tersebut. Jumpa anda di sana!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI