Naza Italia telah menerima pesanan pertama Model Maserati Spyder MC20 Cielo di Malaysia pada 27 Oktober lalu. Ia merupakan sebuah kereta bukan sahaja unik dan tetapi dapat memberikan serta menonjolkan prestasi sebenar sebuah kereta supersport, bersama-sama dengan kepuasan pemanduan yang menyeluruh.

MC yang bermaksud Maserati Corse (Perlumbaan) manakala ‘20’ pula merujuk kepada 2020, tahun yang memulakan era baru jenama itu dan Cielo (langit) menonjolkan fakta bahawa ia adalah model yang ditujukan untuk kepuasan memandu di luar ruangan.

Maserati MC20 Cielo Pertama Kini Tiba Di Malaysia

Sambil mengekalkan semua keistimewaan coupé jentera ini  dilengkapi dengan enjin V6 Nettuno yang revolusioner, Cielo menawarkan campuran sempurna keanggunan dan kemewahan, serta dilengkapi bumbung kaca lipat yang inovatif.

Model ini dilengkapi dengan tingkap elektrokromik (kaca pintar) canggih yang dapat segera berubah daripada jernih ke kabur hanya dengan menyentuh butang pada skrin pusat, hasil daripada teknologi Advanced Polymer-Dispersed Liquid Crystal (PDLC). Bumbungnya juga merupakan antara yang terbaik di dalam kelasnya daripada segi penebat haba dan kelajuannya membuka dan menutup hanya mengambil masa 12 saat.

Dibangunkan di Maserati Innovation Lab dan dihasilkan di kilang bersejarah di Viale Ciro Menotti, spyder ini 100% dibuat di Itali dan 100% dibuat di Modena, seperti juga versi coupé.

Ads

Maserati MC20 Cielo Pertama Kini Tiba Di Malaysia

MC20 Cielo mempunyai berat 65 kg lebih dari coupé, dihasilkan melalui kerja yang teliti dan tepat semasa peringkat reka bentuk kereta. Selain nisbah berat-ke-kuasa yang luar biasa, rangka carbon fibre (yang sama untuk ketiga-tiga konfigurasi yang akan datang iaitu coupé, spyder dan versi elektrik masa depan) menawarkan kombinasi pemanduan luar biasa di jalan raya dan di trek.

Menarik tentang model ini adalah butterfly doors terbuka sebagai simbolik untuk kereta super sport. butterfly doors memberikan akses yang lebih mudah ke dalam dan keluar daripada kabin, serta memperlihatkan kokpit carbon fibre dan roda depan yang tidak tertutup.

Pelancaran MC20 Cielo menampilkan warna metalik tiga lapisan baru yang dikenali sebagai Acquamarina, tersedia sebagai sebahagian daripada program penyesuaian Maserati Fuoriserie.

Ads

 

Maserati MC20 Cielo Pertama Kini Tiba Di MalaysiaModel baru ini juga dinaiktaraf dengan pelbagai Sistem Keselamatan Aktif. Selain sensor parkir, kamera pandangan belakang dan pemantauan titik buta yang disertakan dalam MC20 sejak MY22. Spyder baru juga memperkenalkan brek kecemasan autonomi, informasi tanda lalu lintas dan kamera 360° baru.

MC20 Cielo dilengkapi dengan sistem audio Sonus Faber High Premium pilihan. Sistem MC20 Coupé, sistem audio dalam kenderaan yang memenangi anugerah EISA, telah dioptimumkan khusus untuk memenuhi keperluan akustik dan kedudukan unik kabin spyder, meletakkan 12 pembesar suara sistem untuk menghasilkan Bunyi Semula Jadi yang membezakan sistem audio Sonus Faber.

Maserati MC20 Cielo Pertama Kini Tiba Di Malaysia

Ads

Harga Maserati MC20 Cielo bermula dari RM 1,228,000.00 sebelum cukai dan duti tempatan, pilihan penyesuaian, dan insurans. Harga termasuk 3 tahun Jaminan Standard tanpa had perbatuan serta program Penyelenggaraan Percuma selama 3 tahun / 60,000 km yang mana terlebih dahulu (Termasuk *Maserati Premium Service Plus selama 3 Tahun /60,000 km).

Hubungi bilik pameran Naza Italia di +603 7941 2110 atau 1700 81 5051 di Petaling Jaya, Selangor jika anda berminat dengan Maserati MC20 Cielo. Ikuti www.facebook/maserati.malaysia dan @maserati.malaysia (Instagram) untuk kemas kini terbaru jenama di Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI