Berita

Kia K5 Generasi Kelima, Lebih Gaya & Lebih Spesifikasi Hebat

Share

Model Kia K5 yang sebelum ini dikenali dengan nama Optima kini menjalani penyelarasan yang mengagumkan untuk pasaran Korea. Sejak dilancarkan pada tahun 2019, jentera sedan ini telah melalui pembaharuan menarik bagi membezakannya daripada model-model lain seperti Picanto, Sorento, dan Carnival.

Buat ramai peminat rekaan baharu K5 sememangnya mampu memikat hati sejak hari pertama ia diperkenalkan. Untuk tahun 2024, Kia telah membawa konsep ‘Power to Progress’ ke dalam reka bentuknya dengan gaya bertema ‘Opposites United Kia’.

Jika lihat pada bahagian hadapan K5, kita disambut dengan ciri yang garang. Lampu nyalaan siang (DRL) model Star Map Signature Lighting merentangi hingga ke bahagian bampar, memberikan penampilan yang amat unik.

Kredit Foto: Careta

Corak lampu dengan bentuk air mata menjadi trend terkini, dan kita boleh melihatnya pada model-model seperti Mitsubishi Pajero Sport dan Neta V. Bahagian sisi kereta juga diberikan sentuhan baru dengan rim bercorak tajam yang menambah nilai seni pada keseluruhan rekaan.

Melangkah masuk ke bahagian dalaman K5, kita disajikan dengan papan pemuka baharu yang cukup trendy dengan menampilkan kesan yang kemas dan moden.

Skrin panoramik melengkung berukuran 12.3 inci pula menggabungkan paparan untuk pemandu dan maklumat hiburan. Konsol tengah juga direka bentuk semula dengan penggunaan tombol berputar untuk gantikan batang gear, memberikan sentuhan futuristik.

Kredit Foto: Careta

Satu ciri canggih pada K5 adalah Kia Digital Key 2, yang membolehkan anda membuka pintu dan menghidupkan enjin menggunakan telefon atau jam pintar anda. Tambahan pula, sistem pengesahan cap jari memberikan tahap keselamatan yang tinggi.

Bergantung kepada varian, K5 dilengkapi dengan sistem audio premium KRELL 5.1 saluran dengan 12 pembesar suara. Tambahan lagi, sistem boleh dikemas kini secara dalam talian bagi memastikan anda sentiasa mendapat yang terbaik.

Selain penampilan dan teknologi, Kia juga memberikan tumpuan kepada pengalaman memandu. Jurutera mereka telah mengoptimumkan suspensi depan dan belakang untuk meningkatkan keselesaan dan penyerap hentak yang lebih berkesan. Mereka juga menguatkan bahagian badan kereta dan cermin depan untuk meningkatkan keselesaan.

Kredit Foto: Careta

Dari segi pilihan enjin pula terdapat beberapa varian menarik seperti enjin 2.0 liter petrol, 2.0 liter hibrid, 1.6 liter turbo, dan yang paling menarik adalah 2.0 liter LPi yang menggunakan gas petroleum cecair (LPG).

K5 juga menawarkan pelbagai pilihan warna, termasuk dua warna baharu seperti Wolf Gray, Moonscape Matte Grey, Sand, Martian Brown, dan hitam. Anda juga boleh memilih pakej Black Fit yang menghadirkan pelapik bumbung suede, cermin sisi, peresap, muncung ekzos dalam warna hitam, dan pilihan rim 18 atau 19 inci.

Dengan harga bermula dari 27.84 juta won (sekitar RM99,077) hingga 39.54 juta won (sekitar RM140,719), Kia K5 2024 adalah pilihan yang hebat untuk mereka yang mencari kombinasi gaya, teknologi, dan pengalaman memandu yang unik.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan