Pernah atau tidak ketika anda masuk ke dalam kereta dan tiba – tiba anda mendapati lantai kereta anda basah sehingga mewujudkan bau yang tidak menyenangkan? Jika ya, anda perlu melakukan pemeriksaan terhadap kereta anda dan mengenal pasti di mana punca yang menyebabkan air masuk ke dalam ruangan kabin kereta.

Ketahui Punca Kebocoran Air Pada Kereta Anda

Kebocoran air boleh menyebabkan beberapa komponen elektronik di dalam kereta anda terbakar dan ada ketikanya sistem penggera kereta juga akan kerap berbunyi sendiri. Ini beberapa punca berlakunya kebocoran air pada kereta anda.

 

1.Badan kereta telah berkarat dan reput

Bahagian badan kereta yang telah berkarat boleh menyebabkan berlakunya hakisan dan seterusnya menghasilkan lubang. Keadaan ini sering berlaku kepada kereta yang telah berusi lebih daripada 10 tahun dan sering diletakkan di kawasan terbuka yang terdedah dengan cuaca panas dan hujan dalam jangka masa yang lama.

Ketahui Punca Kebocoran Air Pada Kereta Anda
Kredit foto : Website motorbiscuit.com

2.Cermin kereta

Pemasangan cermin kereta yang tidak betul serta tidak menggunakan primer boleh menyebabkan kerangka cermin pada badan kereta menjadi berkarat. Primer merupakan sejenis bahan kimia yang boleh mengekalkan besi daripada berkarat serta menguatkan cermin untuk melekar pada badan kereta.

 

3.Saluran pendingin hawa dan saluran air tersumbat

Saluran ini kerapa tersumbat sekiranya anda sering meletakkan kereta di bawah pokok. Daun-daun yang gugur serta serangga kecil boleh menyebabkan salur-salur utama air akan tersumbat.

 

4.Getah cermin pintu

Getah pada permukaan pintu kereta mempunyai jangka hayat dan boleh rosak jika terkena objek yang tajam. Getah pintu yang rosak akan menyebabkan air masuk ke dalam kereta terutama ketika hari hujan yang lebat.

Ketahui Punca Kebocoran Air Pada Kereta Anda
Kredit foto : Website carblogindia.com

5.But belakang kereta

Terdapat sesetengah model kereta yang kerap berlaku kebocoran air. Yang masuk melalui but belakang kereta. Hal ini berpunca daripada getah saluran air di bahagian but kereta telah reput atau tertanggal dan laluan air hujan akan berubah terus masuk ke dalam kereta. Masalah ini juga kerap berlaku sekiranya kereta anda pernah mengalami kemalangan atau selepas dicat.

Ketahui Punca Kebocoran Air Pada Kereta Anda
Ruangan di kawasan but kereta yang mencadi punca kebocoran. Kredit foto : Website instructables.com

Kereta yang berusia 5 tahun kebawah mungkin jarang mengalami masalah ini melainkan anda kerap melakukan modifikasi terutama memasang sunroof untuk model kereta yang tidak mempunyai sunroof atau masalah saluran air aircond tersumbat yang mungkin disebabkan oleh faktor kereta yang diparkir dalam jangka masa yang terlalu lama.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI