Kereta Elektrik Kalis Peluru Dan Letupan Pertama Dari BMW!

Share

Awal bulan yang lalu, BMW telah memperkenalkan varian kereta lengkap berperisai sepenuhnya bagi barisan sedan perdana yang diberi nama G70-gen BMW i7 Protective dan 7 Series Protective.

Kredit Foto: drive.com.au

Kedua-dua sedan berperisai ini lengkap dibina dengan casis lebih tegap, komponen luaran kalis letupan dan cermin kalis peluru.

Kredit Foto: drive.com.au

Penghasilan kereta anti keganasan seperti ini bukanlah yang pertama kali dibuat oleh BMW. Menyingkap sejarah, model pertama yang diperkenalkan sebagai kereta pertama kalis letupan ialah BMW 7 Series generasi E23 tahun 1978.

Kredit Foto: drive.com.au

Walaupun mereka mempunyai pengalaman dalam menghasilkan kereta anti keganasan, namun ini merupakan kali pertama BMW menghasilkan kereta seperti ini dengan menggunakan platform elektrik. Ini secara langsung membuatkan BMW i7 sebagai kereta elektrik pertama di dunia dengan ciri kalis peluru dan letupan.

Kredit Foto: drive.com.au

Kedua-dua model ini dibina dengan rangka keluli berperisai yang dinamakan sebagai Teras Perlindungan BMW (BMW Protection Core). Perisai ini dipasang di semua pintu, bahagian bawah kereta dan juga bumbung. BMW mendakwa ia boleh bertahan dari bahan letupan, peluru, serangan dron dan juga bom tangan.

Kredit Foto: drive.com.au

Untuk bahagian cermin pula, BMW memasang cermin perlindungan gred-10 VPAM iaitu tahap perlindungan tertinggi untuk kenderaan perlindungan awam.

Kredit Foto: drive.com.au

Secara keseluruhannya, kedua-dua model dilengkapi dengan tahap perlindungan keselamatan balistik VR9 dan rintangan letupan PAS 300 yang menjadikan kedua-dua model boleh menahan serangan balistik daripada peluru yang bergerak pada kelajuan sehingga 820 meter/saat.

Kredit Foto: drive.com.au

Selain dari hasil kerja cermin dan kerangka kereta, 7 Series Protection turut didatangkan dengan tangki minyak khas kedap-sendiri (self-sealing fuel tank) yang boleh mengelakkan tangki minyak dari bocor seterusnya membolehkan kereta terus bergerak walaupun sedang diserang.

Kredit Foto: drive.com.au

Manakala untuk roda, ia dilengkapi dengan rim aloi ringan khas PAX 20 inci dengan ciri ‘run-flat ring’ yang membolehkan kereta bergerak sehingga 50km/j walaupun tayar telah pancit sepenuhnya.

Kredit Foto: drive.com.au

Kesemua bahan tambahan ini menyumbang kepada penambahan berat pada kedua-dua model tersebut seterusnya mempengaruhi prestasi asal kereta tersebut. Namun begitu, BMW tidak mengeluarkan lagi kiraan berat yang tepat kepada umum.

Kredit Foto: drive.com.au

Secara dasarnya, i7 Protection dikuasakan oleh dwi motor yang sama dengan model bukan perisai iaitu sebanyak 536 HP dengan daya kilas 744 Nm. Dalam i7 yang biasa, rangkaian kuasa tersebut mampu mengerakkan kereta dari 0-100km/j dalam masa 4.7 saat.

Kredit Foto: drive.com.au

Namun, pada i7 Protection masa itu berganda kepada 9 saat dengan had laju maksimum hanyalah 160 km/j sahaja. Pada model 7 Series Protection pula, ia menggunakan enjin 4.4 liter V8 hibrid ringan (MHEV) dengan 522 HP dan daya kilas 750 Nm.

Kredit Foto: drive.com.au

Walau bagaimanapun, masa pecutan telah menurun daripada 4.2 saat dalam 760i standard kepada 6.6 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 209km/j, ini menjadikan 7  Series Protection model yang lebih pantas bagi dua model berperisai itu.

Kredit Foto: drive.com.au

BMW i7 dan 7 Series Protection baharu akan diperkenalkan kepada umum di fasiliti Dingolfing BMW di Jerman. Kedua-dua model itu akan membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai pada pameran Mobiliti IAA 2023 yang akan datang. Ia turut dikenali sebagai Pameran Motor Munich (Munich Auto Show) yang akan berlangsung pada September ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan