Kebanyakan model-model keluaran tempatan mempunyai tayar gantian di bahagian but kereta tersebut. Pasti anda terfikir mengapa saiz tayar gantian lebih kecil berbanding dengan empat tayar utama pada kereta? Tayar gantian atau dikenali sebagai “donut” kebiasaannya menggunakan rim bewarna hitam atau kuning, lebih ringan dan juga lebih nipis.
Tetapi mengapa pengeluar kenderaan tidak memberikan saiz tayar yang sama sebagai gantian? Memandangkan tayar gantian tidak boleh digunakan untuk satu tempoh yang lebih lama dan jarak yang lebih jauh. Hari ini penulis ingin menerangkan kenapa terdapat perbezaan di antara tayar utama dan tayar gantian.
Menjimatkan ruang kereta
Ruang penyimpanan tayar gantian terletak di dalam bonet belakang kereta. Pada masa kini pengeluar kenderaan perlu menghasilkan kereta yang mempunyai ruang but yang luas untuk memenuhi kehendak pelanggan, justeru mereka memaksimumkan ruang penyimpanan tayar gantian dengan menghasilkan tayar gantian yang mempunyai diameter yang nipis, supaya ruangan but dapat digunakan dengan sepenuhnya.
Mengurangkan bebanan kereta
Tayar gantian menggunakan saiz tayar yang menyerupai tayar motosikal. Pengeluar kenderaan menggunakan saiz tayar yang paling kecil untuk mengurangkan bebanan pada kereta anda dan kerana tayar ini akan sentiasa disimpan di dalam but kereta. Anda perlu tahu, bebanan di bahagian belakang kereta agak berat kerana tangki miyak kereta juga berada di bahagian belakang.
Mengurangkan harga jualan kereta.
Jika anda lihat pada pengeluar kereta import, mereka tidak meletakkan tayar gantian sebagai salah satu ciri-ciri keselamatan di dalam kereta. Sebagai contoh untuk model keluaran Toyota Vios 2023, pengeluar hanya memberikan kit gantian untuk tayar kereta yang bocor dan jika anda ingin membeli tayar gantian, terdapat penjual yang menjual dengan anggaran harga satu ribu ringgit sehingga satu ribu dua ratus ringgit untuk sebiji tayar.
Tetapi sebagai pengguna kereta, anda perlu tahu tentang tujuan dan fungsi tayar gantian tersebut. Tayar gantian bersifat sementara dan bertujuan untuk membawa kereta anda ke kedai tayar berhampiran. Anda juga tidak boleh memandu dengan laju sewaktu menggunakan tayar gantian kerana ianya mempengaruhi kestabilan dan pengendalian kereta.
Jangan lupa untuk memeriksa angin tayar gantian anda secara berkala kerana tayar kereta anda boleh bocor tanpa dijangka.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.