Berita

Kembali Ke Jalanan, Porsche 914 Fifteen Eleven Design, Projek Pemulihan Dari Mellors Elliot Motorsport

Share

Model klasik Porsche dikatakan menjadi objek hangat yang sedang dicari oleh penggemar kereta klasik, pengumpul persendirian dan pakar pemulihan kereta. Mereka yang memiliki kereta klasik ini, ingin ‘menghidupkan’ kembali model tersebut atau ada sesetengah pihak akan memberi nafas elektrik kepada model-model ini.

Kredit Foto: motor1.com

Terbaru, model klasik Porsche 914 yang sudah dibaikpulih rancak berlegar-legar di sosial media dek kerana kekemasan akhirnya dan pihak yang melakukan restorasi model tersebut yang sangat disegani komuniti kereta.

Kredit Foto: motor1.com

Projek pemulihan 914 dikendalikan oleh Fifteen Eleven Design iaitu sebuah cabang dari bahagian klasik Mellors Elliot Motorsports (MEM). MEM adalah syarikat yang terlibat di dalam projek kereta rali Proton Satria Neo S2000 dan Iriz R5.

Kredit Foto: motor1.com

Kereta dengan rekaan istimewa ini adalah hasil dari kerjasama antara Volkswagen dan Porsche di antara tahun 1969 hingga 1976. Porsche 914 bernadikan enjin flat four dari 1.7, 1.8, 2.0 liter dan juga enjin flat six bersaiz 2.0 liter.

Kredit Foto: motor1.com

Kereta ini mempunyai berat yang agak ringan berbanding yang lain dengan permulaan berat dari 940 kilogram hingga 985 kilogram bergantung kepada model. Model paling berkuasa ialah 914/6 Targa dengan enjin 2.0 liter enam silinder yang menghamburkan 109 kuasa kuda dan daya kilas 160Nm.

Kredit Foto: motor1.com

Untuk model restorasi 914 Fifteen Eleven Design, projek ini diumumkan pada 2021 dan kini sudah mula mengambil tempahan buat mereka yang ingin membaik pulih model klasik ini.

Kredit Foto: motor1.com

914 dipadankan dengan enjin Cayman S 987 generasi kedua bersaiz 3.8 liter yang telah ditala untuk memberi tenaga dari 380 hingga 400 kuasa kuda. Antara penambahbaikan yang dibuat ialah penggunaan bahan dalaman dari keluli, omboh tempa (forged piston), Unit Kawalan Elektronik yang baharu dan sistem pengurusan kausa dari Life Racing.

Kredit Foto: motor1.com

Selain itu, model 914 Fifteen ini menggunakan transmisi manual enam kelajuan. Manakala suspensi asal diganti dengan set tiga lasaran dari Reigner. Sistem brek juga telah diubah untuk menggunakan brek empat omboh (4 pot calipers) Porsche Brembo dengan cakera berliang dan bergaris.

Kredit Foto: motor1.com

Bonet dan bampar direka semula untuk membantu penyejukan pada radiator manakala di bahagian belakang ditambah spoiler kecil. Lampu utama juga telah ditukar kepada lampu LED pada belah bampar.

Kredit Foto: motor1.com

Bahagian dalaman pula, mereka mengubah dinding pemisah untuk mendapatkan ruang kaki tambahan dan tempat duduk asal diganti dengan kerusi Recaro.

Kredit Foto: motor1.com

Setiap tempahan dibuat berdasarkan permintaan pelanggan dan mereka turut memberi pilihan semada ingin pemanduan bahagian kiri atau kanan. Harga untuk pemulihan penuh bermula dari RM2.06 juta atau 350,000 pound sterling.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan