Kawasaki memberi nafas baharu untuk model ZX-6R 2024 dengan kemaskini reka bentuk baharu ke pasaran Eropah. Model ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Metallic Flat Spark Black/Ebony dan Pearl Robotic White/Metallic Graphite Gray.

Kawasaki Ninja ZX-6R Tampil Dengan Imej Lebih Garang
Kredit foto: Website Kawasaki

Kawasaki Ninja ZX-6R  didatangkan dengan empat silinder sebaris, disejukkan cecair dengan DOHC dan penyesaran 636 cc. Dijana enjin 4-lejang 4-silinder 636cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (Digital Fuel Injection DFI) dimana suntikan bahan api tidak mengunakan sensor, tetapi terus daripada ECU.

Kawasaki Ninja ZX-6R Tampil Dengan Imej Lebih Garang
Kredit foto: Website Kawasaki
Kawasaki Ninja ZX-6R Tampil Dengan Imej Lebih Garang
Kredit foto: Website Kawasaki

Dipadankan dengan transmisi klac manual 6-kelajuan dan salah satu komponen yang telah dikemaskini untuk mencerminkan standard prestasi motosikal terkini, termasuk suspensi teleskopik hadapan boleh laras sepenuhnya Showa SFF-BP berdiameter 41 mm  dan sistem suspensi monoshock boleh laras sepenuhnya di belakang.

Ads
Kawasaki Ninja ZX-6R Tampil Dengan Imej Lebih Garang
Kredit foto: Website Kawasaki

 

Terdapat empat mod tunggangan (termasuk mod yang  boleh disesuaikan oleh pengguna), sistem keselamatan brek juga dikemaskini dengan Kawasaki Intelligent Anti-lock Brake System KIBS yang mampu memberikan kestabilan brek ketika kecemasan . Selain itu, paparan panel TFT-LCD 4.3-inci mempunyai sambungan ke telefon pintar penunggang melalui sambungan bluetooth.

Ads
Kawasaki Ninja ZX-6R Tampil Dengan Imej Lebih Garang
Kredit foto: Website Kawasaki

Soalan yang akan bermain di fikiran peminat motosikal, adakah model ini akan dibawa masuk ke Malaysia oleh pengedar Modenas?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Ads

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI