Model Eliminator bukanlah satu model baharu untuk Kawasaki. Mula diperkenalkan pada tahun 1985, model ZL900 Eliminator sebuah motosikal yang dikuasakan dengan enjin penyejuk cecair empat silinder daripada model Ninja ZX900.

 

Pelbagai versi Eliminator telah dihasilkan pada tahun 80-an dan 90-an, daripada ZL400 hingga ZL1000. Sejak akhir 90-an hingga pertengahan 2000-an, Eliminator menjadi model peringkat permulaan dalam kategori antara 125cc hingga 250cc.

 

Kini, Kawasaki Eliminator 2024 kembali dengan enjin penyejuk cecair 451CC dua silinder selari yang diadaptasi daripada motosikal Kawasaki Ninja 400. Dengan stroke 6.8mm yang lebih panjang, ia mampu membenamkan anjakan daripada 399CC kepada 451CC dan menghasilkan tork rendah yang kuat.

Kawasaki Eliminator 2024. Adakah Motosikal Cruiser Kecil Ini Sesuai Untuk Beginner?
Kredit Foto : Laman sesawang Kawasaki.com

Injap pendikit 32mm yang besar menyediakan aliran udara yang banyak manakala injap berbentuk bujur membenarkan kedudukan tertutupnya duduk pada satu sudut, menyumbang kepada tindak balas pendikit yang lebih cepat. Fine-atomizing injectors membantu dalam kecekapan pembakaran keseluruhan dan diletakkan rapat berhampiran intake port untuk menambah tindak balas pendikit yang licin dan lancar.

Kawasaki Eliminator 2024. Adakah Motosikal Cruiser Kecil Ini Sesuai Untuk Beginner?
Kredit Foto : Laman sesawang Kawasaki.com

Sitem brek hadapan motosikal ini terdiri daripada 2 piston caliper yang diikat pada semi-floating brake disc 310mm. Di bahagian belakang pula dilengkapi dengan 2 piston caliper dan cakera 220mm. ABS hanya untuk model yang terpilih sahaja.

Kawasaki Eliminator 2024. Adakah Motosikal Cruiser Kecil Ini Sesuai Untuk Beginner?
Kredit Foto : Laman sesawang Kawasaki.com

Motorsikal ini mempunyai fork hadapan teleskopik 41mm dan dwi hentakan di bahagian belakang. Menurut Kawasaki, motosikal ini mempunyai bingkai trellis yang direka bentuk dengan geometri  bertujuan untuk memberikan rasa yang ringan, pengendalian semula jadi bagi meningkatkan keyakinan penunggang untuk memberikan rasa santai semasa menunggang.

Kawasaki Eliminator 2024. Adakah Motosikal Cruiser Kecil Ini Sesuai Untuk Beginner?
Kredit Foto : Laman sesawang Kawasaki.com

Ia juga mempunyai square-tube swingarm dengan die-cast aluminum swingarm mount plate yang diikat ke belakang enjin. Eliminator mempunyai tangki bahan api 14 liter dan didatangkan pada curb weight lebih kurang 175 kilogram untuk versi bukan ABS dan 176 kilogram dengan ABS.

 

Kawasaki Eliminator dihadirkan dengan 3 variant iaitu:

 

Eliminator

Harga yang dicadangkan oleh pengeluar: RM 30,937

Warna: Pearl Robotic White, Pearl Storm Gray

 

Eliminator ABS

Harga yang dicadangkan oleh pengeluar: RM 32,333

Warna: Pearl Robotic White, Metallic Flat Spark Black

 

Eliminator SE ABS

Harga yang dicadangkan oleh pengeluar: RM 33,729

Warna: Candy Steel Furnace Orange / Ebony

 

Jadi begginers? Adakah motosikal ini untuk anda? Tepuk dada tanya selera.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI