Sejak plaza tol pertama yang terletak di Slim River-Tanjung Malim pada tahun 1964 wujud di Malaysia. Kerajaan sentiasa proaktif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan tersebut dari masa ke semasa.

Terbaru, usaha yang bakal memudahkan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang akan melancarkan aliran trafik khususnya ketika musim perayaan. Oleh sebab itu, kad debit dan kad kredit sudah boleh digunakan bermula 3 Ogos 2023 yang lalu di 12 lebuhraya terpilih.

Kad Debit & Kredit Kini Boleh Digunakan Di Lebuhraya MEX
Kredit Foto: Mex.com.my

Antara lebuhraya terawal yang melaksanakan SPT ini adalah Lebuhraya MEX, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE),

Ads

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Kad Debit & Kredit Kini Boleh Digunakan Di Lebuhraya MEX
Kredit Foto: Utusan.com.my

Menurut @MexTraffic di laman aplikasi X, pengguna yang ingin mencuba lorong SPT disarankan untuk mengaktifkan ciri ‘paywave’ pada kad dan memastikan baki kad mencukupi sebelum melalui lorong tersebut.

Ads

Sistem ini masih dalam tempoh percubaan, ia bagi memastikan kesediaan dan maklum balas pengguna agar dapat membantu meningkatkan produktiviti sistem itu sebelum dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI