Berita

Jualan UMW Toyota Motor Meningkat Pada Ogos 2023

Share

UMW Toyota Motor mengakhiri bulan Ogos 2023 dengan nilai jualan yang semakin memberangsangkan menyaksikan keseluruhan jualan ialah 10,275 unit (Toyota + Lexus).

Kredit Foto: motortrend.com

Angka ini di lihat meningkat berbanding jualan bulan Julai 2023 (8,349 unit) yang mana daripada 10,275 unit, 10,033 adalah jenama Toyota dan 242 jenama Lexus.

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Toyota turut menguatkan portfolio mereka dengan menawarkan penambahbaikan pada barisan model Toyota Corolla termasuklah Corolla GR Sport dan Corolla IMP (improvement).

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Selain itu, model Hilux, Fortuner dan Innova turut di tambah baik. Bagi Hilux GR Sport khususnya, ia diberi tambahan kuasa baharu yang dapat menghasilkan sehingga 224 kuasa kuda dengan daya kilas 550Nm.

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Tambahan lagi, mereka yang membeli model Hilux, Fortuner atau Innova akan diberi tag RFID secara standard.

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, “Selari dengan visi Toyota untuk ‘Goncang Dunia Anda’, kami mengekalkan komitmen untuk bertemu dengan pelbagai keperluan pelanggan dengan menawarkan model kereta yang mempunyai ciri yang  mencerminkan mereka.”

Kredit Foto: Toyota Malaysia

UMW Toyota Motor menyambut bulan Merdeka dengan meneruskan tawaran promosi bagi kereta baharu Toyota dengan pinjaman sehingga 100%. Pelanggan boleh memilih untuk membuat pinjaman bulanan serendah RM628 untuk model Yaris. Manakala, mereka yang membeli Toyota Camry baharu layak menerima sehingga RM10,000 rebat tunai.

Kredit Foto: Toyota Malaysia

Dalam pada itu, syarikat terbabit turut mengeluarkan filem tentang Hari Malaysia dan Hari Merdeka 2023, di mana mereka menemuramah kanak-kanak yang bermain watak model bZ4X, Innova Zenix dan Corolla Cross Hibrid Elektrik.

Kredit Foto: Toyota Malaysia

“Ogos merupakan bulan yang mengujakan untuk kami di mana kami terlibat dengan pelbagai aspek masyarakat Malaysia seperti aktiviti sukan permotoran dan sebagainya, pertandingan anak muda menyelesaikan masalah global pada pokok pangkalnya dan aktiviti sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia secara besar-besaran” kata Datuk Ravindran K.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan