Tahun 2023 menyaksikan ramai rakyat Malaysia memilih untuk mendekatkan diri dengan alam semulajadi sebagai salah satu cara untuk healing. Tidak kiralah sama ada melakukan aktiviti berkhemah atau berkelah pada hujung minggu, kedua-duanya memberikan kesan positif kepada diri.

Pasti anda perlu melakukan persiapan yang banyak terutama untuk pergi berkhemah. Untuk mereka yang suka aktiviti outdoor, pihak Isuzu UK telah mengeluarkan sebuah model yang sesuai untuk pengembara dan individu yang suka berkhemah iaitu Isuzu D-Max Expedition Edition.

Isuzu D-Max Expedition Edition, Sesuai Untuk Kaki Camping!
Kredit foto : motor1.com

Apa yang menarik mengenai kenderaan ini, anda boleh meredah masuk ke dalam kawasan yang sukar dilalui oleh kenderaan biasa terutamanya untuk ke kawasan air terjun atau sungai yang jauh di dalam kawasan pedalaman. Menariknya, anda boleh mula untuk mendirikan khemah di atas kenderaan ini. Khemah di atas bumbung adalah salah satu ciri keselamatan yang bagus kerana boleh terhindar daripada binatang berbisa atau cuaca hujan yang lebat menyebabkan kawasan menjadi lecak.

Isuzu D-Max Expedition Edition, Sesuai Untuk Kaki Camping!
Kredit foto : motor1.com

Apa yang mengujakan, Isuzu UK bukan sahaja menyiapkan khemah bersama kereta ini, malahan lengkap dengan pelbagai perkakasan kembara lain daripada jenama ARB. Jenama ini merupakan salah satu jenama untuk kenderaan pacuan empat roda yang amat terkenal dalam kalangan individu yang gemar melakkan aktiviti 4X4.

Isuzu D-Max Expedition Edition, Sesuai Untuk Kaki Camping!
Kredit foto : motor1.com

Dilengkapi dengan khemah bumbung, kanopi, sengkuap (awning), peti sejuk yang terbina di  bahagian belakang dan set laci dengan dapur, edisi Ekspedisi ini juga tersedia dengan rak bumbung, peralatan pemulihan kenderaan dan peralatan off road yang lain untuk lebih bersedia semasa berada di hutan belantara.

Isuzu D-Max Expedition Edition, Sesuai Untuk Kaki Camping!

Kesemua kelengkapan ini akan ditawarkan kepada pelanggan oleh pihak Isuzu supaya pembeli boleh memilih kelengkapan aksesori yang mereka mahukan mengikut kehendak dan bajet masing-masing. Bagi penulis, jika dibandingkan dengan campervan, model Isuzu D-max ini lebih berbaloi kerana ia boleh melalui kawasan off-road dan mampu untuk dibawa lebih jauh ke dalam kawasan hutan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI