Pengeluar mobiliti pintar, ACO Tech, telah menandatangani sebuah Memorandum Perjanjian (MoC) bersama Geno dan Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) untuk meneliti penggunaan teknologi rantaian blok dalam infrastruktur Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia.
MoC ini membuka pintu bagi penyelidikan teknologi rantaian blok termasuk kontrak pintar, pengurusan jejak digital rantaian bekalan, penyelesaian tokenomik, dan teknologi privasi untuk menyempurnakan penyelesaian ACO Tech untuk Platform Perkhidmatan Mobiliti Elektrik (EMSP).
Langkah ini bertujuan untuk menjamin privasi dan hak milik data, membolehkan audit data, dan menarik pelabur strategik melalui pelaburan jangka panjang. EMSP merupakan teras bagi Visi Mobiliti Terhubung Kerajaan untuk memperkuatkan pembangunan infrastruktur EV di Malaysia.
Kerjasama bersama ACO Tech, Geno, dan MARii membolehkan penanggulangan kebimbangan berkaitan pemilikan EV seperti kekurangan port pengecasan dan ketidakstabilan kadar pengecasan.
Penggunaan teknologi rantaian blok memperkuatkan pengeluar EV, penyedia perkhidmatan, dan pemilik/pengguna untuk berinteraksi melalui sistem lejar tidak berpusat yang tidak boleh diubah suai.
Ads
Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan kos, meningkatkan pengalaman dan keyakinan pengguna, serta membangunkan rekod penjejakan dan penyelenggaraan yang lancar.
Tambahan pula, ia memudahkan perkongsian tenaga dan pengecas, menjaminkan ketelusan sepanjang kitaran hidup produk dan perkhidmatan.
Kerjasama ini sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR). Kerajaan bercita-cita mencapai 20% Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang 2030, 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050. Perjanjian ini membuka jalan bagi sektor automotif menjadi sektor pertama yang meluas menggunakan teknologi rantaian blok dalam industri di Malaysia.
Ads
Ini juga akan membantu Kerajaan dalam melaksanakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 dengan membina asas kukuh bagi industri untuk berkembang melalui pembangunan Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), termasuk EV.
Ini juga akan membantu dalam pembangunan infrastruktur EV di peringkat kebangsaan melalui perkhidmatan mobiliti sebagai perkhidmatan (Mobility as a Service) dan rantaian blok sebagai perkhidmatan (blockchain as a service).
Ads
MoC ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Encik Li Pu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii Encik Azrul Reza Aziz, dan Ketua Pegawai Eksekutif Geno Encik Zhang Yi Ian.
PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli, mencatat keputusan podium yang membanggakan dalam Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis, pada Ahad lalu.
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu ini bertarung sengit dalam kelompok tiga terbaik sepanjang saingan dan mencatat masa 25 minit 21.768 saat untuk menduduki tempat ketiga.
“Alhamdulillah, syukur saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Le Mans untuk Pusingan 2 hari ini. Permulaan yang baik pada awal perlumbaan apabila saya mula dengan baik untuk berada dalam kelompok hadapan.
Hakim dan pasukannya meraikan podium di Le Mans
Saya juga cuba untuk memimpin perlumbaan pada beberapa ketika bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan. Pada lap terakhir, saya cuba untuk menang tapi dipintas dua pelumba P4.
Saya hanya sempat memintas seorang pelumba sahaja dan berjaya tempatkan diri di podium. Untuk pusingan di Mugello, saya akan buat lebih baik dari hari ini,” kata juara Asia 2022 itu, sambil mengucapkan terima kasih kepada pasukan ZK Racing, SIC, Terengganu Incorporated dan Red Bull Rookies.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Brian Uriarte, dan Maximo Quiles yang masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua.
Hakim (kanan) bersama para pemenang pusingan 2, Brian Uriarte (tengah) dan Maximo Quiles (kiri)
Keputusan Terkini Rookies Cup 2024
Perlumbaan 1:
Maximo Quiles, Sepanyol (26:21.357)
Rico Salmela, Finland +0.260
Alvaro Carpe, Sepanyol +0.415
Valentin Perrone, Argentina +0.671
Brian Uriarte, Sepanyol +0.792
Hakim Danish, Malaysia +1.798
Perlumbaan 2:
Brian Uriarte, Sepanyol (26:21.440)
Maximo Quiles, Sepanyol +0.048
Hakim Danish, Malaysia +0.328
Valentin Perrone, Argentina +0.348
Alvaro Carpe, Sepanyol +0.617
Kedudukan Kejuaraan:
Maximo Quiles, Sepanyol – 74 mata
Alvaro Carpe, Sepanyol – 65 mata
Brian Uriarte, Sepanyol – 62 mata
Valentin Perrone, Argentina – 55 mata
Hakim Danish, Malaysia – 53 mata
Hakim dengan jentera nombor 13-nya
Hakim Danish menunjukkan prestasi yang cemerlang dan terus berusaha memperbaiki kedudukannya dalam setiap perlumbaan. Kejayaannya di Le Mans memberikan keyakinan dan motivasi untuk pusingan seterusnya di Mugello, Itali. Kita sama-sama nantikan aksi seterusnya dari pelumba muda yang berbakat ini yang terus mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.
Model moped paling dikenali orang ramai, Y15ZR atau “Y-suku” kini tampil dengan varian baru yang diberi nama Y15ZR SE. Hong Leong Yamaha Motor baru sahaja melancarkan model ini untuk pasaran tempatan dan pembeli boleh mula menempah bermula 15 Ogos 2023 yang lalu.
Kredit Foto: Careta.my
Perubahan paling ketara adalah pada bahagian warna dan badan model ini. Skema warna biru dipadankan dengan rim keemasan memang menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang lihat motor ini.
Kredit Foto: Careta.my
Ditambah dengan kit aero serba baharu termasuk visor, skup udara depan dan belakang memang akan menampakkan rupa yang lebih sporti di jalanan.
Kredit Foto: Careta.my
Dari segi prestasi, Yamaha Y15ZR SE masih tidak mengubah apa-apa dari model sebelum ini. Menggunakan enjin silinder tunggal sejukan cecair 150cc dengan kuasa 15.4 hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm, turut disertakan dengan transmisi klac basah lima gear kelajuan.
Kredit Foto: Careta.my
Untuk keselesaan penunggang, sistem suspensi didatangkan dengan standard, fork depan teleskopik, diikuti dengan lengan buai dan monoshock tunggal di belakang. Sistem asli brek diberi cakera tunggal hidraulik depan dan belakang.
Kredit Foto: Careta.my
Tangki bahan api sebesar 4.2-liter cukup sesuai untuk penggunaan harian, tidak membebankan buat mereka yang menggunakan motor setiap hari. Tinggi tempat duduk dari tanah pula hanya 780mm, dengan jarak roda 1290mm, lebih lincah ketika jalan sesak dengan isi berat hanya 117 kg sahaja.
Kredit Foto: Careta.my
Harga pasaran bagi model Yamaha Y15ZR SE bermula dari RM9,498.00 tanpa insurans dan yuran pendaftaran. Mahal RM500 berbanding model biasa Y15ZR 2023 yang bermula dari rm8,998. Setiap pembelian turut disertakan dengan kunci cakera brek bernilai RM100.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Acura TLX Type S 2024 kini tampil dengan kemaskini baharu untuk model tahun 2024. Model ini menonjol dengan penampilan luar yang menyerupai Honda Integra, tetapi dengan dimensi yang lebih besar dan pilihan pemanduan “All Wheel Drive (AWD)” yang tersedia. Mari kita terokai lebih lanjut tentang ciri-ciri dan prestasi sedan mewah ini.
Kredit Foto : Website caranddriver
Model TLX Type S 2024 turut menampilkan kemaskini pada bahagian hadapan yang melalui proses telah reka semula dengan bampar yang lebih menarik dan dikemaskini dengan rekaan gril baharu serta penambahan ‘spiltter’ di bahagian hadapan menambahkan konsep sporty kepada kenderaan ini.
Desas-desus mengatakan harga permulaan TLX juga turut meningkat seiring dengan penghapusan model asasnya. Namun, tidak terbantut oleh kenaikan harga, TLX terkini menawarkan lebih banyak ciri-ciri baharu daripada model sebelumnya.
Kredit Foto : Website caranddriver
Bagi peminat kelajuan, TLX Type S adalah pilihan yang sesuai. Dilengkapi dengan pemanduan empat roda dan enjin turbo V-6 yang menghasilkan sehingga 355 kuasa kuda berbanding dengan model A-spec yang hanya menghasilkan 272 kuasa kuda.
Perbezaan prestasi antara kedua-dua model ini adalah ketara, dengan V-6 yang lebih pantas mencapai 60 mph dalam masa yang lebih singkat.
Kredit Foto : Website caranddriver
Rekaan dalam TLX mungkin kurang menarik di bahagian ruang belakang jika dibandingkan dengan beberapa model pesaingnya, namun ruangan kabinnya menawarkan rekaan ekspresif yang menekankan karakter “sporty”.
Bahan kabin yang berkualiti tinggi termasuk “open-pore wood” dan menggunakan material aluminium sebenar, memberikan satu sentuhan mewah kepada setiap model ini. Dengan tempat duduk depan berwarna merah untuk model Type S membawakan satu tema yang garang dan bertenaga.
Kredit Foto : Website caranddriver
TLX dilengkapi dengan sistem infotainment 12.3 inci yang canggih, dikawal melalui touchpad di panel bahagian tengah. Fungsi seperti Apple CarPlay, Android Auto, dan hotspot Wi-Fi standard, memudahkan anda menyangbungkan rakaian telefon bimbit anda ke dalam kereta.
Keselamatan juga menjadi keutamaan dengan ciri-ciri seperti “forward-collision warning, “automated emergency braking”, “traffic-sign recognition” dan “driver-awareness monitor”.
Kredit Foto : Website caranddriver
TLX Type S dengan enjin V-6 355 kuasa kuda berada di kedudukan tertinggi dalam barisan TLX daripada segi prestasi dan harga. Dengan harga yang lebih rendah berbanding pesaingnya seperti BMW M340i, TLX Type S tetap menawarkan nilai yang sangat baik dengan kelengkapan standard yang lebih baik.
Acura TLX 2024 membuktikan bahawa ia bukan sekadar sedan mewah biasa. Dengan kombinasi rekaan yang menarik, prestasi yang baik, dan teknologi canggih, ia menjadi pilihan yang menarik dalam pasaran sedan mewah.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!