Honda NT1100 Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu

Honda NT1100 kini kembali dalam bentuk yang lebih menarik untuk tahun 2024 dengan pelbagai penambahbaikan yang akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai motosikal touring terkemuka di Eropah.

Honda NT1100 Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu
Kredit Foto : Website visordown.com

Sejak pelancarannya pada tahun 2022, lebih daripada 12,000 unit Honda NT1100 telah terjual di seluruh Eropah, dan kini ia hadir dengan pembaruan ketiga yang pasti akan memukau pencinta motosikal.

Perubahan utama yang menonjol adalah penambahan dua pilihan warna baharu yang akan memberi lebih banyak pilihan kepada peminat motosikal. Warna “Matt Iridium Gray Metallic” yang ada sebelumnya telah digantikan dengan warna “Matt Ballistic Black Metallic.”

Ads
Honda NT1100 Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu
Kredit Foto : Website visordown.com

Selain itu, dua pilihan warna baru, iaitu “Matt Jeans Blue Metallic” dan “Candy Chromosphere Red” turut ditawarkan kepada peminat.

Honda NT1100 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan ketika pemanduan.

Ads

Antara ciri-ciri yang ditawarkan adalah Throttle By Wire (TBW), Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan kawalan wheelie dengan tiga mod pemanduan iaitu Urban, Hujan dan Tour serta dua mod yang boleh disesuaikan pengguna.

Honda NT1100 Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu
Kredit Foto : Website visordown.com

Ia juga dilengkapi dengan bahagian badan yang lebih aerodinamik, beg sisi dengan kapasiti keseluruhan 65 liter, pemanas throtle, dan kawalan pelayaran sebagai standard. Soket USB dan ACC juga disertakan sebagai standard, serta paparan TFT 6.5-inci yang membolehkan anda menghubungkan ke Apple CarPlay, Android Auto, dan Bluetooth.

Ads

Dengan penambahbaikan terbaru ini, Honda NT1100 2024 akan terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan keselesaan, prestasi dan kemudahan dalam penunggangan motosikal di Eropah.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI