Berita

Honda Malaysia Model Civic Type R Serba Baharu Diperkenalkan Pada Harga Mengejutkan

Share

Honda Malaysia hari ini menggegarkan dunia automotif Malaysia dengan pelancaran model terbaru mereka, Civic Type R Serba Baharu. Model ini ditawarkan pada harga yang mengujakan, bermula dari RM399,900, dan dijangka menjadi tumpuan peminat kereta berprestasi tinggi di Malaysia.

Hironobu Yoshimura, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, mengumumkan bahawa hanya 19 unit model ini yang akan tersedia untuk tahun ini. Ia merupakan model paling berkuasa yang pernah ditawarkan oleh Honda di Malaysia.

Salah satu kelebihan utama model Civic Type R Serba Baharu adalah rekaan aerodinamik yang mengagumkan. Gril hadapan yang diperbaharui dan kemasan sisi yang direka khas mengoptimumkan aliran angin, manakala spoiler belakang aluminium dan bampar difuser meningkatkan ciri downforce, menjadikan pengalaman memandu lebih stabil dan agresif.

Kredit Foto : Website carscoops.com

Rim 19 inci hitam matte yang serasi dengan rekaan lebar, pajang, dan rendah membuatkan model ini kelihatan seperti sebuah kereta berprestasi yang kemas. Ia memastikan penampilan luaran model ini seiring dengan prestasi enjinnya.

Enjin 2.0L VTEC Turbo model ini memberikan kuasa yang mengagumkan, menjana 319 PS dan tork sebanyak 420Nm. Keempat-empat mod pemanduan iaitu Comfort, Sport, +R, dan Individual membolehkan pemandu menyesuaikan pengalaman memandu mengikut keinginan mereka.

Kredit Photo : Website carsales.com.au

Selain itu, kabin model Civic Type R serba baharu juga mendapat pembaharuan yang signifikan. Sistem Human Machine Interface (HMI) baharu memberikan akses mudah kepada semua fungsi kendalian, manakala paparan audio sembilan inci mengagumkan memberikan kepuasan sisitem bunyi semasa dalam perjalanan. Tempat duduk hadapan yang bergaya dengan logo Type R memberikan keselesaan dan gaya kepada model ini.

Akhir sekali, model ini mengekalkan komitmen Honda terhadap keselamatan dengan lapan ciri Honda Sensing yang memastikan keselamatan pemandu dan penumpang yang menjadi keutamaan. Ia juga hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja, iaitu Championship White.

Kredit Photo : Website carsales.com.au

Dengan pelancaran Civic Type R Serba Baharu, Honda Malaysia sekali lagi menunjukkan kebolehan mereka dalam menggabungkan prestasi, gaya, dan teknologi yang canggih dalam satu pakej yang hebat. Model ini pastinya akan memukau peminat kereta di Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi