Khas Buat Si Pengembara, Ford Transit Custom Nugget Direka Lengkap Dengan Modem 5G

Share

Selepas Volkswagen melancarkan model campervan mereka, California Concept. Ford turut mengikuti jejak yang sama dengan memperkenalkan campervan yang diberi nama Ford Transit Custom Nugget pada minggu lepas di himpunan campervan terbesar Eropah di Dusseldorf, Jerman.

Kredit Foto: motor1.com

Berbekalkan enjin bersaiz 2.0 liter EcoBlue diesel turbo dengan transmisi automatik 8 kelajuan, van ini mampu menghasilkan hamburan kuasa sehingga 168 HP dan daya kilas 405 Nm.

Kredit Foto: motor1.com

Tambahan lain, Ford turut menawarkan pilihan versi PHEV dengan talaan sama seperti Ford Kuga. Model ini menggunakan enjin 2.5 liter Duratec petrol bersama motor elektrik yang menghasilkan 229 HP.

Kredit Foto: motor1.com

Transit Custom Nugget lengkap dengan pelbagai ciri yang membolehkan pengguna menikmati perkhemahan percutian yang selesa dan bergaya. Kehadiran model ini juga secara langsung menjadi pesaing terus kepada model campervan yang lain seperti Mercedes V-Class Marco Polo.

Kredit Foto: motor1.com

Antara perkara asas yang wajib berada di dalam kabin Transit Nugget adalah ruang memasak, tempat duduk boleh laras dan juga ruang tidur. Ruang dalaman turut ditempah khas terlebih dahulu dengan kemasan premium, sistem yang dipertingkatkan dan kuasa elektrik yang disalurkan melalui bumbung solar.

Kredit Foto: motor1.com

Menariknya ruang ini dikawal sepenuhnya menggunakan skrin sentuh 7 inci dan pengguna boleh menyambung ke telefon pintar untuk digunakan sebagai alat kawalan jauh melalui sambungan Bluetooth.

Kredit Foto: motor1.com

Bahagian memasak direka supaya mesra ruang dan praktikal untuk pengguna. Dapur kecil berbentuk L dengan kelengkapan seperti laci, peti ais dan sinki turut disertakan. Unik untuk model ini, ia juga mempunyai sistem air panas yang mana pengguna boleh menggunakannya untuk memasak atau mandi (di bahagian belakang van).

Kredit Foto: motor1.com

Menggunakan bumbung jenis dormer yang sedikit condong menjadikan ruang tidur seluas dua katil bujang manakala tempat duduk belakang juga boleh ditukarkan kepada katil, jika perlu. Sistem pengecasan USB-C turut berada di sekitar van.

Kredit Foto: motor1.com

Antara ciri terpenting pada Custom Nugget adalah dengan adanya modem 5G yang membolehkan pengguna menggunakan internet di mana jua tanpa batasan.

Kredit Foto: motor1.com

Anggaran harga bagi Ford Transit Custom Nugget bermula dari RM385,244 (€76,500). Namun harga yang tertera mengikut kepada jualan di Jerman, harga tersebut berkemungkinan sedikit tinggi jika pengimport membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan