Ford Ranger merupakan di antara trak pikap yang sentiasa menjadi pilihan hati rakyat Malaysia selain Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton. Sejak berada di pasaran Malaysia sekitar tahun 2000-an, ramai penggemar model ini menubuhkan komuniti, membuat modifikasi ringan dan berat serta menjelajah dengan Ranger mereka.

Terbaru, Ford Ranger memperkenalkan penambahan ahli baharu dalam segmen trak pikap mereka yang diberi gelaran Ranger plug-in hybrid (PHEV), dijangka menembusi pasaran dunia menjelang awal tahun 2025.

Ford Ranger PHEV dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris EcoBoost 2.3 liter turbo yang turut dipadankan dengan motor elektrik dan pek bateri yang tidak diketahui kapasitinya.

Ford Tampilkan Ranger PHEV 2025 Dengan Sistem Hibrid & Enjin EcoBoost 2.3L Turbo
Kredit Foto : Ford

Namun begitu, Ford memberikan bayangan ia mampu menghasilkan daya kilas yang jauh lebih tinggi berbanding mana-mana Ranger, dengan jarak tanpa petrol, kuasa hibrid mampu menggerakkan kereta sejauh 45 km.

Ads

Sama seperti model Ranger standard, Ranger PHEV masih lagi mengekalkan keupayaan menunda beban seberat 3,500 kg walaupun kuasa pada varian ini telah bertambah. Salah satu ciri penting yang wujud pada Ranger PHEV ialah sistem outlet kuasa Pro Power Onboard.

Sistem elektrik ini membolehkan pemilik menyalurkan kuasa elektrik hibrid ini kepada perkakas elektrik seperti pengecasan telefon, barang memasak, lampu dan sebagainya. Ia boleh diakses menerusi ruang belakang dan di dalam kabin.

Ads
Ford Tampilkan Ranger PHEV 2025 Dengan Sistem Hibrid & Enjin EcoBoost 2.3L Turbo
Kredit Foto : Ford

Perincian ini sangat berguna untuk mereka yang selalu ke luar kawasan samada berkhemah ataupun membuat kerja-kerja di tempat yang tiada kuasa elektrik seperti kawasan pembinaan, di dalam hutan dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Dari segi luaran, Ford Ranger PHEV boleh dibezakan menerusi kehadiran port pengecasan pada fender belakang bersebelahan dengan corong pengisian minyak. Ruang dalaman juga tidak banyak beza dengan varian lain. Rim aloi bersaiz 18 inci turut diberi nafas baru dengan rekaan yang lain.

Ads

Menurut Ford, produksi trak pikap Ranger PHEV ini akan bermula selewat-lewatnya hujung tahun 2024 dan penghantaran pertama akan dilakukan seawal tahun 2025. Macam biasa, pasaran yang akan menerima varian ini sudah tentunya dari Eropah, Australia dan UK dahulu kemudian dituruti dengan beberapa pasaran yang lain.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI