Ford Mustang Mach-E Rally. Model Rali Elektrik AWD, 0-96km/j hanya 3.5 Saat

Share

Jurutera dan pereka kereta dilihat semakin kreatif membina dan mencipta model baharu yang boleh dikatakan dibuat untuk masa hadapan. Terbaru, jenama Ford telah memperkenalkan sebuah model elektrik yang mempunyai mod pemanduan rali pada sistemnya.

Kredit Foto: Careta.my

Perkara ini mungkin dilihat sebagai penanda arah kepada pengeluar lain untuk berani mencuba perkara yang ganjil di mata umum seperti ini. Model yang diberi nama Ford Mustang Mach-E Rally merupakan sebuah SUV elektrik, lengkap dengan dua motor elektrik yang menghasilkan sistem pacuan semua roda (AWD).

Kredit Foto: Careta.my

Secara dasarnya, Mach-E Rally diberi tenaga sehingga mampu mencapai 480 kuasa kuda dengan daya kilas 881 Nm, dari segi penghantaran kuasa, ia mampu memecut dari 0-96km/j sepantas 3.5 saat sahaja.

Kredit Foto: Careta.my

Bateri yang dibekalkan bagi model ini berkapasiti 91 kWh dimana ia membolehkan pemandu menggunakan mod rali sejauh 402km untuk sekali pengecasan. Selain itu, ia turut dihadiri dengan pengecasan pantas DC sehingga 150kW.

Kredit Foto: Careta.my

Lengkap dengan rim aloi berukuran 19 inci, ia turut dipadankan dengan tayar Michelin Cross Climate2 bersaiz 235/55-19, sistem brek Brembo dengan rotor hadapan bersaiz 385 mm, lampu kabus(foglamp) dan juga spoiler seakan-akan Ford Focus RS.

Kredit Foto: Careta.my

Dari segi keselesaan, sistem suspensi turut diberi perhatian dimana ia menawarkan tambahan jarak tanah dari badan kereta sebanyak 20 mm berbanding model Mach-E GT dengan menggunakan penyerap hentak (absorber) dari MagneRide.

Kredit Foto: Careta.my

Mustang Mach-E turut didatangi dengan standard, perlindungan pada bahagian motor depan dan belakang, filem perlindungan pada plastik cladding dan arka roda dan juga pilihan pemasangan mud flap.

Kredit Foto: Careta.my

Untuk ruang dalaman, tiada apa yang istimewa bagi model ini sebaliknya rupa bentuknya seakan sama dengan model Mach-E jalanan, apa yang berbeza cuma aksen putih berkilat pada papan pemuka dan roda stereng serta jahitan menyerlah pada panel pintu.

Kredit Foto: Careta.my

Sesuai dengan namanya, Mustang Mach-E Rally ini menawarkan mod Rally Sport yang semestinya untuk pemanduan off-road. Menurut Ford, mod ini membenarkan SUV ini respon dengan lebih sekata, aksi gelongsor yang lebih agresif serta absorber yang lebih terkawal.

Kredit Foto: Careta.my

Ford Mustang Mach-E Rally boleh didapati dalam warna Grabber Blue, Shadow Black, Eruption Green dan Grabber Yellow, manakala warna Star White dan Glacier Gray turut ditawarkan dengan kos tambahan.

Kredit Foto: Careta.my

Ia bakal dibuka untuk jualan di pasaran Amerika Utara dan Eropah pada separuh pertama tahun hadapan (2024), dengan permulaan harga yang ditawarkan ialah RM304,103 atau $65,000. Mungkin lagi dua tahun baru sampai ke pasaran Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan