Siapa tidak mengenali jentera keluaran ford yang sangat unik iaitu ford mustang. Jentera yang terkenal dengan enjin V8 kini tampil dengan lebih garang untuk tahun 2025.

Terkenal dengan ngauman enjin v8 yang sangat menghairahkan, Ford Mustang merupakan sebuah jentera yang menjadi eye catching bagi sesiapa sahaja yang melihatnya di jalan raya. Masih menggunakan petrol? Ya! ternyata Ford tidak tergugat dengan pesaingan kereta EV di dunia, mereka terus menghasilkan kereta berkuasa tinggi yang masih menggunakan petrol.

Ford Mustang GTD Membawa Muscle Car ke Tahap Baharu
Kredit Foto : Website piston.my

Mustang GTD mengaum dengan enjin V8 5.2 liter supercharged yang menampilkan saluran masuk udara berganda dan menghasilkan sehingga 800 kuasa kuda. Ford telah membina GTD dengan teliti untuk peminat model kenderaan ini. Konfigurasi pemacu transaxle dan roda belakang 8-kelajuannya menjamin pengedaran berat 50/50 yang hampir sempurna serta menawarkan pengendalian dan kawalan yang tiada tandingannya.

Enjin yang kuat sudah pasti hadir dengan sistem suspensi yang bagus. Dilengkapi dengan sistem Semi-Active Suspension, kereta ini menggunakan suspensi depan unique short-long arm iaitu suspensi kereta perlumbaan yang digunakan pada kenderaan road legal dan memastikan kereta kekal stabil di atas jalanraya sewaktu mengambil selekoh.

Ads
Ford Mustang GTD Membawa Muscle Car ke Tahap Baharu
Kredit Foto : Website piston.my

Reka bentuk luaran GTD adalah bukti komitmen Ford untuk mengekalkan konsep dan rekaan asal  Mustang klasik, mereka menambahbaik reka betuk kereta ini dengan  GTD sports aerodinamik yang agresif, ventilasi hud yang besar, ventilasi penyejuk pada panel tepi di bahagian hadapan, dan bonjolan pada fender belakang.

Spoiler belakang Mustang GTD menampilkan prestasi dan teknologi yang luar biasa pada keseluruhannya. Ia memberikan downforce yang besar untuk menghasilkan kawalan responsif semasa pemanduan yang semakin laju.

Ads
Ford Mustang GTD Membawa Muscle Car ke Tahap Baharu
Kredit Foto : Website piston.my

Bahagian dalamnya mempunyai Miko suede, Carbon fibre dan bahan kulit. Tempat duduk Recaro dioptimumkan untuk pemanduan trek sekaligus menawarkan keselesaan dan sokongan. Ford membawa inovasi ke tahap yang tinggi apabila menggabungkan elemen daripada jet pejuang Lockheed Martin F-22. Kemasukan paddles shift, rotary dial shifter dan plat nombor siri yang diperbuat daripada bahan titanium pesawat menambah sentuhan eksklusiviti dan kehebatan teknologi.

Ads
Ford Mustang GTD Membawa Muscle Car ke Tahap Baharu
Kredit Foto : Website piston.my

Harga permulaan dianggarkan sekitar RM 1.4 juta. Pastinya memiliki sebuah jentera perlumbaan yang sah untuk digunakan di atas jalan raya merupakan satu kepuasan bagi individu yang meminati kelajuan. Jika diberi pilihan untuk memiliki kereta ini atau supercar lain, penulis akan memilih kereta ini kerana reka bentuknya adalah relevan untuk struktur jalanraya di negara kita.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI