Ducati merupakan sebuah jenama motosikal buatan Itali yang menjadi idaman setiap anak muda terutama model Ducati Panigale yang menjadi salah satu model terhebat jenama ini. Namun Ducati tidak terhad dengan model-model jenis full fairing seperti Panigale.

Eksklusif! Ducati Monster 30° Anniversario Edisi Terhad. Hanya 500 Unit Di Dunia

Jenama ini turut menghasilkan model-model Hypermotard dan Multistrada (ala Scrambler) dan model-model naked bike seperti  Ducati Divel dan Ducati Monster. Bagi meraikan ulang tahun yang ke-30, Ducati telah mengeluarkan model Ducati Monster 30° Anniversario edisi terhad hanya 500 unit sahaja di dunia.

Eksklusif! Ducati Monster 30° Anniversario Edisi Terhad. Hanya 500 Unit Di Dunia

Setiap model Monster 30° Anniversario ini akan dicetak plak yang mengandungi no siri ekslusif untuk pengumpul model Ducati Monster beserta sijil ketulenan dan sarung motosikal khas. Model ini hadir dengan grafik istimewa Tricolore 30th Anniversary yang diilhamkan daripada model Monster terdahulu, sportrim aluminium Forged yang dapat mengurangkan berat motosikal sehingga 1.86 kg dan disertakan dengan mudguard yang diperbuat daripada gentian karbon untuk bahagian hadapan dan belakang.

Eksklusif! Ducati Monster 30° Anniversario Edisi Terhad. Hanya 500 Unit Di Dunia

Berat merupakan elemen yang memainkan peranan penting bagi sebuah motosikal yang mementingkan kelajuan. Berbeza dengan model sebelumnya, Ducati Monster Anniversario adalah lebih ringan 4-kilogram berbanding model sebelumnya dengan penggunaan sepit udang boleh laras Ohlins yang mana ia 600 gram lebih ringan dan angkup brek depan Brembo Stylema yang 500 gram lebih ringan.

Eksklusif! Ducati Monster 30° Anniversario Edisi Terhad. Hanya 500 Unit Di Dunia

Mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Sport, Road dan Wet, motosikal yang mempunyai 109 kuasa kuda (hp) pada 9250 rpm dan tork 93Nm pada 6500 rpm disesuaikan dengan pakej elektronik yang terdiri daripada ABS Cornering, Ducati Traction Control dan Ducati Wheelie Control dengan larasan yang berbeza.

Eksklusif! Ducati Monster 30° Anniversario Edisi Terhad. Hanya 500 Unit Di Dunia

Harga yang ditawarkan untuk model ini dipasaran United Kingdom adalah 16,095 pound (RM94,259).

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI