Berita

Edisi Terbaru 2024 EMOS Tampil Dengan Warna & Grafik Mempesonakan

Share

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat sepenuhnya di bawah naungan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah memperkenalkan barisan model Modenas dan Kawasaki terbaharu untuk tahun 2024.

Hadir dengan kombinasi warna dan grafik baharu, EMOS telah menyediakan pilihan yang menarik dan segar untuk penggemar motosikal di Malaysia.

Salah satu model yang cukup menonjol ialah 2024 MODENAS Z250 ABS. Dengan tawaran harga berpatutan iaitu RM20,600, Z250, ia merupakan model ‘naked’ yang dikuasakan enjin silinder berkembar 35 kuasa kuda dan ditempatkan dalam kerangka ‘trellis’.

Model ini memperlihatkan ciri-ciri uniknya melalui suspensi hadapan 41mm dan reka bentuk ‘Sugomi’ yang ikonik. Skim warna Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony Frame Golden Blazed Green pula menambahkan elemen elegan pada penampilannya.

Pilihan lain yang tidak kurang hebatnya ialah 2024 MODENAS Z650 ABS, yang dijual pada harga RM 35,200.00. Model ini mengekalkan spesifikasinya dari versi sebelumnya tetapi memperkenalkan warna “Candy Persimmon Red / Noble Frame Metallic Red / Wheel Metallic Persimon Red” yang menarik dan berani. Siri Z semakin menunjukkan keberanian dengan pengenalan model-model baru dan grafik yang memukau.

Bagi peminat motosikal off-road, 2024 Kawasaki KX250 dan KX250X adalah pilihan yang ideal. Kedua-dua model ini menawarkan warna Lime Green yang mencerminkan kesediaan untuk menghadapi cabaran laluan yang mencabar.

Perbezaan ketara di antara model KX250X tahun 2023 dan 2024 terletak pada grafik pelindung radiator dan warna pelindung suspensi hadapan, menjadikannya lebih menonjol dan bergaya.

Pilihan mewah terdapat pada 2024 Kawasaki Versys 1000 SE yang berharga RM81,900. Dengan enjin empat silinder dan suspensi yang dikawal secara elektronik, model ini menawarkan pengalaman memandu yang luar biasa. Warna Phantom Silver / Metallic Diablo Black pada model 2024 menambahkan ciri elegan pada motosikal ini.

Buat anda yang mencari kombinasi antara prestasi dan estetika, 2024 Kawasaki Ninja 1000SX (RM71,400) pula pastinya menjadi pilihan tepat. Hadir dengan warna Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black / Metallic Graphite Grey, ia memberikan daya tarikan visual yang mempesonakan, sementara teknologi dan prestasinya tetap pada tahap tertinggi.

Barisan model 2024 ini kini telah tersedia di pengedar sah Kawasaki di seluruh negara. Anda dijemput untuk mengunjungi pengedar terdekat dan merasai sendiri keindahan dan kekuatan barisan motosikal ini. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi MODENAS dan/atau KAWASAKI Malaysia atau hubungi talian bebas tol dan WhatsApp Careline yang disediakan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi