Kerja-kerja pembinaan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer berjalan lancar dan kini telah mencapai 67% tahap penyelesaian.
Kewujudan projek ini adalah untuk meningkatkan keterhubungan dan merangsang pembangunan ekonomi, merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Ia dijangka menjadi pemangkin ekonomi khususnya dalam memperkukuhkan rangkaian pengangkutan Malaysia. Dijangka siap menjelang akhir 2026.
Projek infrastruktur besar ini menghubungkan pantai timur dan barat negara dengan 20 stesen. Turut menjadi bukti kukuh hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Projek yang bernilai RM50.2 bilion ini mencatat satu lagi pencapaian dengan majlis pecah tanah untuk Stesen Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak (ITT) ECRL. Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China, Li Qiang, kelmarin.
Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kehadiran Li Qiang di majlis pecah tanah tersebut mencerminkan hubungan dua hala yang kuat antara dua rakan kongsi itu. Kejayaan pelaksanaan projek ini adalah di bawah inisiatif Belt and Road (BRI) yang dipimpin oleh Beijing.
Ini adalah majlis pecah tanah pertama yang diadakan di Selangor dan juga menandakan permulaan pembinaan untuk stesen pertama bagi laluan ECRL di negeri ini, yang akan mempunyai lima stesen keseluruhan, katanya.
“Stesen ini akan menjadi pintu utama ke ibu kota. Memudahkan perjalanan pengguna ECRL dari Lembah Klang ke negeri-negeri Pantai Timur atau sebaliknya. ECRL juga akan dihubungkan dengan Laluan LRT Kelana Jaya di Terminal Bersepadu Gombak. Menyediakan rangkaian yang lebih baik dan kapasiti penumpang yang lebih besar.
“Laluan ECRL, dari Kota Bharu di Kelantan ke Gombak di Selangor dijangka siap menjelang akhir 2026. Beroperasi pada Januari 2027. Masa perjalanan antara Kota Bharu ke Lembah Klang dijangka sekitar empat jam berbanding tujuh jam atau lebih melalui jalan raya pada musim perayaan” katanya.
Bercakap kepada media pada April lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata rangkaian ECRL di Selangor yang merentasi hampir 120 kilometer akan mempunyai lima stesen.
Di Gombak, Kapar dan Jalan Kastam Terminal Bersepadu untuk penumpang sahaja. Manakala stesen Bandar Serendah dan Puncak Alam adalah stesen penghubung untuk penumpang dan kargo.
ECRL bakal menghubungkan ibu negeri, pusat bandar utama, hab industri, pelabuhan, lapangan terbang, dan zon pelancongan. Selain itu, ia turut bersilang dengan laluan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia.
Dari The Sun
Baca Pembinaan ECRL di Terengganu Capai 80 Peratus Kemajuan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.