Sempena penyertaan Ducati dalam acara IAA MOBILITY 2023, Ducati telah memperkenalkan prototaip elektrik V21L yang berlumba dalam Kejuaraan Dunia FIM Enel MotoE™ dengan livery khas diilhamkan oleh sejarah sukan jenama tersebut.
Grafik asal yang menampilkan warna Merah Ducati yang digabungkan dengan warna putih daripada plat nombor, butiran emas dan warna hitam daripada warna asal carbon fibre yang kelihatan sangat menyerlah. Reka bentuk ini dicipta oleh Centro Stile Ducati bekerjasama dengan Aldo Drudi khusus untuk acara tersebut.
Livery ini mewakili gabungan antara masa depan dan tradisi, aspek yang mewakili Ducati dengan melambangkan sebuah syarikat berteknologi tinggi dengan visi masa depan yang jelas, sentiasa berkaitan dengan asal usulnya dan warisan sejarah.
Ducati mencipta motosikal elektrik yang berteknologi tinggi, teliti dan canggih di dunia, hasil kerja sama antara jurutera R&D Ducati dan pasukan Ducati Corse. “V21L” adalah MotoGP untuk kategori motosikal elektrik, menggabungkan teknologi elektronik yang dibangunkan oleh Ducati Corse dengan proses reka bentuk dan pengurusan projek khas untuk motosikal jalan raya seperti Panigale V4.
Kejuaraan Moto E telah pun bermula pada tahun lepas, namun untuk kejuaraan Moto Gp di Malaysia akan bermula pada November akan datang. Mereka tidak memasukan kategori Moto E di dalam jadual perlumbaan jadi kita masih belum berpeluang untuk melihat kejuaraan Moto E secara langsung di Malaysia. Penulis berharap pada kejuaraan Moto GP pada tahun hadapan kita berpeluang untuk menyaksikan perlumbaan Moto E ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.