Berita

Ducati Scrambler 2023 Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Share

Ducati Malaysia hadir dengan satu lagi model motosikal segmen dwi-fungsi iaitu Ducati Scrambler dengan pelbagai ciri menarik dan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift.

Setiap varian ini mempunyai ciri tunggangan yang berbeza mengikut kepada citarasa penunggang. Contohnya, varian Icon lebih kepada tunggangan harian, Full Throttle untuk mereka yang mahukan kelajuan dan Nightshift untuk rupa yang lebih klasik.

Kredit Foto: scramblerducati.com

Bagi model 2023, berat motor ini telah dikurangkan sebanyak empat kilogram berbanding model sebelumnya, menjadikan berat kering motor ini 170 kg. Ini kerana ia menggunakan kerangka trellis yang dikatakan lebih ringan dan kuat.

Tangki minyak Scrambler berkeluasan 13.5 liter dengan 5.2 liter bagi setiap 100 km perjalanan amat sesuai untuk pergerakan harian dan termasuk offroad.

Kredit Foto: scramblerducati.com

Kesemua model didatangkan dengan sistem cornering ABS dan Kawalan Cengkaman Ducati (DTC) bagi memastikan penunggang lebih yakin dan selamat. Selain itu, paparan meter TFT bersaiz 4.3 inci cukup untuk memuatkan info penting pada motor seperti mod pemanduan, meter kelajuan dan sebagainya.

Menggunakan enjin 803cc Desmodue L Twin, motor ini menghasilkan 73 HP dan 65 Nm, dimana ia lebih ringan dan lebih responsif berbanding enjin sebelumnya. Menurut Ducati, mereka menyediakan 14 warna bagi model Scrambler ini. Antara warma tersebut adalah kuning, hijau, biru, merah, oren dan pelbagai lagi.

Kredit Foto: scramblerducati.com

Menariknya, model Ducati Scrambler 2023 boleh bertukar warna hanya dengan menggantikan beberapa bahagian pada motor seperti tank cover, mudguard

dan rear fender. Jadi pemilik boleh menukar warna motor jika ingin naikkan kembali ‘seri’ motosikal masing-masing.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Scrambler 2023 dijual pada harga RM62,900 untuk Icon dan RM69,900 untuk variasi Fast Throttle dan Nightshift.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

Published by
Shazwan