Ducati hadir dengan sebuah motosikal hyper-adventure yang berkuasa dengan pelancaran Multistrada V4 RS. Lebih menarik, ia hadi sebagai sebuah jentera di mana superbike bertemu hyper-adventure.

Ia merupakan gabungan belum pernah dihasilkan sebelum ini apabila enjin Panigale V4 menemui ‘rumah’ baharu dalam siri Multistrada oleh Ducati.

Model RS, dengan bangga menghiasi nama yang diilhamkan oleh model kereta mewah syarikat induk Audi, adalah gabungan kejuruteraan ikonik Ducati dengan inovasi terkini.

Ducati Multistrada V4 RS Dikuasakan Dengan Enjin Panigale
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Menggunakan enjin Desmosedici Stradale 1103cc, ia menjana kuasa dan kelancaran, diperkuatkan dengan 180hp yang mengagumkan dan had rev pada 13,500rpm.

Ducati Multistrada V4 RS, menggunakan titanium subframe dan dilengkapi dengan suspensi Öhlins dan roda aluminium Marchesini yang ringan, memastikan perjalanan yang semaksimum mungkin.

Dari segi elektronik, Multistrada V4 RS adalah bukti kecemerlangan teknologi Ducati. Dilengkapi dengan sistem ABS Cornering Bosch Brembo 10.3ME, Kawalan Cruise Control, dan Pengesanan Titik Buta.

Ads
Ducati Multistrada V4 RS Dikuasakan Dengan Enjin Panigale
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Terdapat juga empat mod memandu iaitu  Race, Sport, Touring, dan Urban yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman mereka, memastikan prestasi optimum di pelbagai keadaan dan keadaan.

Estetika elegan bertemu reka bentuk pelbagai fungsi menghasilkan skema warna eksklusif putih dengan merah Multistrada V4 RS. Walau bagaimanapun, elemen eksklusif bukan hanya pada warna kerana ia turut tersedia dalam edisi terhad beserta dengan nombor siri sekali gus menjadikannya sebuah unit yang dinanti peminat.

Ducati Multistrada V4 RS Dikuasakan Dengan Enjin Panigale
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Berharga GBP31,995 (RM185,520)  Multistrada V4 RS adalah sebuah jentera yang sangat berkuasa. Sedia maklum model panigale merupakan model ikon kelajuan daripada ducati dan pemindahan kuasa ke model Multisrada V4 RS bakal menjadikan model ini sebagai model hyper-adventure yang paling berkuasa.

Ads

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Ads

 

 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI