Berita

Ducati DesertX Rally 2024 Kukuhkan Prestasi Dengan Pakej Suspensi Dan Rim Baharu

Share

Ducati telah memperkenalkan versi terkini DesertX apabila menampilkan DesertX Rally 2024. Dengan kejayaan model DesertX terdahulu, versi baharu ini telah diberikan penambahbaikan dan peningkatan signifikan terutamanya pada aspek suspensi dan rim.

Ia bertepatan dengan objektif Ducati yang ingin memberikan pengalaman pemanduan lebih memuaskan dan efisien terutamanya kepada peminat motosikal sukan lasak.

DesertX Rally 2024 masih dikuasakan oleh enjin yang sama, 937cc Testastretta yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 110 kuasa kuda dan tork sebanyak 92Nm. Namun, perubahan sebenar terletak pada sistem suspensinya yang telah mengalami peningkatan secara menyeluruh.

Kredit Foto : Website rideapart.com

Pakej suspensi baharu ini memaparkan fork

hadapan 48mm jenis closed-cartridge daripada KYB yang dilengkapi dengan tetapan rebound dan compression. Sementara itu, penyerap hentak KYB di bahagian belakang menawarkan tetapan compression, preload, dan rebound. Kelebihan ini memberikan pengalaman pemanduan yang lebih stabil dan lancar di pelbagai jenis landskap atau permukaan.

Bagi meningkatkan lagi kawalan ketika memecut di kawasan yang mencabar, DesertX Rally ini turut dilengkapi dengan steering damper daripada Ohlins untuk memastikan kawalan yang optimum dalam situasi yang mencabar.

Kredit Foto : Website rideapart.com

Namun, peningkatan ini tidak hanya terbatas kepada suspensi sahaja. DesertX Rally 2024 juga datang dengan transformasi signifikan di bahagian roda, di mana ia dilengkapi dengan rim 21 inci di bahagian hadapan dan 18 inci di bahagian belakang.

Kredit Foto : Website rideapart.com

Turut disertakan rim daripada Jenama Excel Takasago dengan lidi (spoked) karbon, ini juga lebih ringan sebanyak 0.5kg berbanding rim standard pada DesertX standard, membolehkan pengendali mengalami kecekapan pemanduan yang lebih tinggi dan mudah mengendalikan motosikal ini di pelbagai jenis bentuk mukabumi.

Ciri-ciri tambahan lain yang ditawarkan oleh DesertX Rally 2024 termasuk mudguard depan baharu dengan kabel brek terpisah, memberikan kebolehan penyesuaian yang lebih baik. Selain itu, pedal brek dan gear juga boleh diubahsuai mengikut keselesaan pengendali.

Namun, satu ciri eksklusif yang hanya terdapat pada varian Rally ini adalah penggunaan livery Iron Giant, menambahkan elemen keunikannya dan memberikan tampilan luaran motosikal ini yang lebih menonjol.

Kredit Foto : Website rideapart.com

Dengan peningkatan prestasi yang ketara dalam aspek suspensi dan rim, DesertX Rally 2024 membuktikan bahawa Ducati sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada para peminat motosikal sukan lasak.

Sementara itu, kombinasi kuasa enjin yang mengagumkan dan sistem suspensi serta rim yang terkini, DesertX Rally 2024 tidak diragui akan menjadi pilihan utama bagi pengendali yang menghargai kecekapan dan kawalan dalam setiap pemanduan off-road.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, anggaran harga untuk motosikal ini adalah USD22,995 (RM109,000) namun untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi