Industri automotif China terus mengukuhkan kedudukannya dengan menghasilkan pelbagai jenis kenderaan yang berkualiti tinggi dan ia termasuklah motosikal.

Di antara yang paling menarik perhatian pada masa kini ialah kemunculan model motosikal Ducasu DK400. Walaupun ia dianggap sebagai klon Ducati, Ducasu DK400 mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mampu mencuri perhatian peminat motosikal di seluruh dunia.

Ducasu DK400 Motosikal Buatan China Mirip Ducati SuperSport
Kredit Foto : Website rideapart.com

Ducasu DK400 mula menjadi bualan peminat motosikal apabila tampil dengan reka bentuk yang sangat mirip dengan model Ducati Supersport. Lebih menarik ia hadir dengan enjin dua silinder 385 cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 25 kuasa kuda.

Walaupun penampilannya menyerupai Ducati, Ducasu DK400 mempunyai keunikan tersendiri. Motosikal ini menggunakan single swingarm, reka bentuk fairing Ducasu DK400 berinspirasi Ducati SuperSport 950 model tahun 2017 – 2021. Malah, pemilihan jenis huruf dan warna pada motosikal ini juga dihasilkan serupa dengan Ducati.

Ads

Salah satu faktor yang menjadikan Ducasu DK400 cukup menarik ialah harganya yang boleh dikategorikan sebagai cukup murah.

Ducasu DK400 Motosikal Buatan China Mirip Ducati SuperSport
Kredit Foto : Website rideapart.com

Di pasaran China, motosikal ini dijual sekitar CNY20,000 atau anggaran dalam nilai ringgit adalah RM13,000. Bandingkan dengan harga motosikal Ducati yang lebih mahal, Ducasu DK400 boleh menjadi alternatif menarik buat pengguna yang mencari motosikal dengan bajet terhad.

Ads

Ducasu merupakan salah satu jenama yang dimiliki oleh Shanghai Jianshe Motorcycle Technology Company Limited. Walaupun mereka terkenal sebagai pengeluar motosikal elektrik, keberanian mereka dalam mengeluarkan motosikal menggunakan enjin petrol seperti Ducasu DK400 membuktikan inovasi dan kepelbagaian produk mereka.

Ads
Ducasu DK400 Motosikal Buatan China Mirip Ducati SuperSport
Kredit Foto : Website rideapart.com

Walaupun dianggap sebagai klon Ducati, Ducasu DK400 membuktikan bahawa motosikal berkualiti tinggi bukanlah hak eksklusif jenama-jenama terkenal. Dengan reka bentuk yang mirip Ducati, enjin yang boleh dipercayai, dan harga yang mampu dimiliki, Ducasu DK400 mampu menentang dominasi pasaran motosikal lain.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI