Tahukah anda, MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) pernah mencipta sejarah dalam industri motosikal Malaysia dengan pengenalan MODENAS CTric, motosikal elektrik pertama negara?

Hari ni RODA PANAS ingin kongsikan sedikit informasi berkenaan bagaimana sejarah MODENAS CTric dan bagaimana ia menjadi simbol kemajuan teknologi hijau dalam sejarah motosikal Malaysia.

MODENAS CTric dihasilkan sepenuhnya di Malaysia pada tahun 2011 dengan 80 peratus komponen tempatan dan hanya 20 peratus komponen diimport dari China.  Ini menunjukkan usaha hebat dari MODENAS untuk membangunkan industri motosikal tempatan dan menyokong ekonomi negara.

Di Sebalik Sejarah MODENAS CTric, Motosikal Elektrik Buatan Malaysia

Ketika dilancarkan MODENAS CTric dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM4,888 seunit, termasuk cukai jalan dan insurans. Harga ini menjadikannya pilihan yang sangat menarik.

Ads

Pengenalan MODENAS CTric tidak hanya memikat hati pelanggan tempatan, tetapi juga menarik pasaran antarabangsa. MODENAS menerima tempahan pertama luar negara iaitu dari Iran sebanyak 100 unit. Manakala negara lain seperti Korea, Greece, Poland, dan Vietnam juga menunjukkan minat terhadap motosikal elektrik ini.

MODENAS CTric bukan sekadar motosikal elektrik biasa. Ia berjaya mendapat kelulusan piawaian SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menjadikannya motosikal elektrik pertama yang memenuhi standard piawaian di Malaysia.

Di Sebalik Sejarah MODENAS CTric, Motosikal Elektrik Buatan Malaysia
Kredit Foto : Website motomalaya.net

Motosikal MODENAS CTric didukung sepenuhnya oleh kuasa elektrik dan dilengkapi dengan lima unit bateri ‘lead acid’ 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano. Yang menariknya, bateri ini boleh dikitar semula seratus peratus selepas tamat tempoh hayatnya. Dengan kemampuan sehingga 500 kitaran, bateri ini juga sangat berpatutan dari segi kos penggunaan kuasa elektrik, dengan hanya 10 sen bagi setiap kilometer.

Ads

MODENAS CTric turut menggunakan Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh yang kalis air dan mempunyai kuasa 3.60kW atau mampu mencapai halaju 80 kilometer sejam. Ia juga mempunyai beberapa ciri istimewa seperti Gandar Galas Berkelajuan Tinggi, Penderia ‘Honeywell Hall’, dan Pemutar Tanpa Brek.

Di Sebalik Sejarah MODENAS CTric, Motosikal Elektrik Buatan Malaysia
Kredit Foto : Website motomalaya.net

Selain itu, MODENAS CTric dilengkapi dengan Unit Kawalan Motor yang dilengkapi Penyegerak Kilas Terprogram, Sistem Perlindungan Sarat, dan ‘Smooth Digitised Power Switching’. Pengecas Pintar yang disertakan hanya memerlukan masa 3.5 jam untuk cas pantas dan 8 jam untuk cas biasa.

Ads

Dengan kelajuan purata 30 kilometer sejam, MODENAS CTric mampu mencapai jarak 60 kilometer pada setiap cas penuh, menjadikannya sesuai untuk mereka yang bergerak dalam radius 30 hingga 50 kilometer sehari.

Ini adalah sejarah kejayaan MODENAS dalam membawa teknologi hijau ke dalam industri motosikal Malaysia, dan MODENAS CTric adalah lambang keunggulan ini. Persoalannya, adakah MODENAS akan mengkaji semula usaha untuk membangun semula motosikal elektrik di Malaysia?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI