Penganjuran Desaru International Bike Week (DIBW) telah bermula pada tahun 2019 dan telah diadakan di Desaru Coast Conference Centre, Desaru pada 13 hingga 19 September 2019. Ketika itu acara tersebut telah mengangkat tema “The Real Brotherhood”.
Untuk tahun 2023, acara ini kembali lagi dengan tema “Ride Loud & Reach Out” dan akan dianjurkan secara besar-besaran di selatan tanah air di negeri Johor Darul Ta’zim.
DIBW merupakan sebuah acara dan pameran pemotoran yang berstatus antarabangsa yang dijangka akan menarik ramai peminat motosikal tempatan dan antarabangsa yang terdiri dari pelbagai jenis motosikal berkuasa besar (big bike) serta kecil.
DIBW bakal berlangsung selama tiga hari bermula daripada 22 September sehingga 24 September 2023 bakal mengegarkan sepanjang 25 kilometer Pantai Desaru (Desaru Beach) dengan deruman enjin motosikal. Acara ini adalah penganjuran acara motosikal terbesar di Malaysia.
Dianggarkan seramai 100,000 orang yang akan hadir ke acara ini dan melibatkan penggemar motosikal berkuasa tinggi dan kecil dari seluruh negara dan antarabangsa.
Acara tahunan ini disokong oleh Tourism Johor, Desaru Coast selaku rakan kongsi untuk acara ini dan dijangka akan dapat mewujudkan kolaborasi dengan beberapa lagi jenama serta syarikat terkemuka.
Antara aktiviti yang akan dianjurkan di DIBW 2023 adalah pameran gaya hidup pemotoran, konsert oleh artis antarabangsa, pelbagai festival, bazar dan aneka makanan, seni budaya dan hiburan untuk semua ahli keluarga.
Selai itu, pelbagai acara seperti sukan rakyat, sukan pasir (beach sports) dan pemotoran yang bakal menarik minat penggiat motosikal antarabangsa.
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Desaru antaranya Pantai Desaru, The Wetlands Sedili dan Muzium Perkampungan Nelayan. Tempat-tempat ini boleh dilawati semasa DIBW 2023 ini dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi nama Desaru di dalam negara mahu pun antarabangsa.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.