Berita

Dari Kereta Elektrik Ke Motosikal Elektrik,  Kini Muncul Pula Jengkaut Elektrik

Share

Tahun 2023 memperlihatkan pelbagai jenis kenderaan sudah mula berubah daripada penggunaan bahan bakar seperti petrol ke penggunaan elektrik. Tidak terkecuali terdapat beberapa syarikat pengeluar kenderaan komersial telah mula beralih kepada kenderaan yang menggunakan elektrik. Salah satu syarikat pengeluar kenderaan komersial Yutong telah mengengeluarkan 14 model bus dan koc elektrik yang digunakan hampir ke seluruh dunia.

 

Mungkin ada persoalan yang bermain difikiran kita, adakah suatu masa nanti semua kenderaan darat yang bergerak akan sepenuhnya menggunakan elektrik? Pendapat penulis ya, mungkin hampir 50% akan menggunakan kenderaan elektrik dalam tempoh 10 tahun akan dating. Jadi tidak menghairankan apabila syarikat jentera berat JCB juga sudah mengeluarkan jengkaut mini yang menggunakan elektrik.

Kredit foto : website JCB.

JCB telah mengumumkan pelancaran JCB E-TECH, generasi baharu produk elektrik dengan sifar pelepasan karbon monoksida semasa penggunaan. Produk pertama dalam rangkaian baharu ialah JCB 19C-1E, jengkaut mini elektrik sepenuhnya pertama dalam industri jentera berat. JCB 19C-1E dikuasakan oleh bateri litium-ion dan mempunyai kedalaman penggalian sedalam 2.1m, menjadikannya sesuai untuk pelbagai penggunaan termasuk landskap, berkebun dan pertanian.

 

Kredit foto : Website JCB.

Dengan berat 1902kg, JCB 19C-1E juga merupakan salah satu jengkaut mini paling ringan di pasaran. Produk JCB E-TECH direka untuk meningkatkan produktiviti dan kos operasi yang lebih rendah, serta lebih mesra alam sekitar. Antara kelebihan jentera ini adalah :

 

1.Tiada enjin dan komponen mekanikal yang berkaitan, justeru dapat mengurangkan masa dan peralatan servis.

2.Tiada cecair enjin untuk diperiksa dan dapat menjimatkan masa dan wang anda.

3.Bunyi bising di stesen operator adalah lebih senyap berbanding model diesel.

4.Membolehkan anda untuk bekerja di luar waktu, memaksimumkan masa di tapak dan mempercepatkan kerja.

5.19C-1E dipasang dengan penunjuk cahaya biru untuk menunjukkan mesin sedang berjalan.

Kredit foto: Website JCB.

Pada pendapat penulis, penggunaan jentera berat elektrik mungkin hanya bersesuaian di kawasan bandar sahaja kerana kebanyakan jentera berat akan digunakan di kawasan pedalaman atau kawasan hutan untuk tujuan penebangan hutan dan secara logiknya mungkin susah untuk memperoleh bekalan kuasa yang secukupnya untuk mengecas jentera tersebut.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.