Syarikat pengeluar motosikal elektrik berkuasa tinggi Damon Motorcyle yang berasal dari Kanada telah membuka tempahan untuk motosikal mereka bagi model Hyperspot dan bakal dijual pada tahun 2024. Terdapat empat varian iaitu Premier, HS, SX, dan SE. Motosikal ini hanya dikeluarkan untuk pasaran Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada buat masa ini.
Hadir dengan tiga pilihan warna untuk model Hyperspot iaitu warna kuning, hitam dan kelabu, motosikal ini hanya mengambil masa selama 45 minit untuk mencapai pengecasan sebanyak 80%.
Sebagai salah satu motosikal elektrik terbaik dua roda, Hypersport mengeluarkan 200 kuasa kuda dan boleh mencapai sehingga 60 mph (97 kmh) dalam masa kurang daripada tiga saat. Keupayaan bateri motosikal ini mampu untuk bergerak sehingga jarak 200 batu (322 km) dan sangat mengagumkan.
Damon Hypersport direka bentuk untuk ditunggang dengan lebih laju, lebih selamat dan lebih jauh. Anda boleh mengubah kedudukan tunggangan dengan serta-merta untuk mengelakkan keletihan atau bersiap sedia untuk melalui selekoh. Sistem CoPilot yang dilengkapi pada motosikal ini mampu untuk memantau segala-galanya di sekeliling anda dan memberi amaran tentang sebarang bahaya.
Dengan reka bentuk yang sangat sporty, untuk model Hyperspot Premier ianya hadir dengan sistem suspensi daripada jenama Ohlins serta sistem brek daripada jenama Brembo. Dilengkapi dengan Single-Sided Swingarm motosikal ini mempunyai kelebaran rim 5.5 inci dan saiz tayar belakang 200/55/17 dan 120/70/17 di bahagian hadapan, motorsikal ini mampu mencapai kestabilan yang maksimum semasa melalui selekoh.
Harga jualan yang disyorkan untuk motosikal ini adalah bermula daripada $19,000 ( RM88,000 ) untuk model SE sehingga $40,000 ( RM186,000 ) untuk model Premier.
Walaupun produk ini mempunyai harga permulaan yang tinggi, namun daripada segi kos penyelenggaraan dan bahan api adalah jauh lebih rendah, dan jangka hayat produk ini lebih lama kerana tidak mempunyai komponen mekanikal yang banyak, produk ini juga mempunyai harga yang kompetitif berbanding produk petrol dan EV yang lain.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.