Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang memperketat penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan menerusi operasi khas yang dikenali sebagai Gempur Teknikal.
Operasi ini dilaksanakan di seluruh negara dengan tumpuan utama kepada kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah berkaitan.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, JPJ memaklumkan bahawa operasi ini bertujuan memastikan keselamatan di jalan raya sentiasa terpelihara. Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik syarikat atau pemandu yang melanggar peraturan.
Menurut Seksyen 57 Akta 715, kesalahan seperti melanggar lesen pengendali dan mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain boleh membawa hukuman berat.
Sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan denda minimum sebanyak RM1,000 dan maksimum RM500,000. Selain itu, kenderaan juga boleh disita di bawah Seksyen 80 Akta 715 dan seterusnya dilucut hak.
Langkah ini adalah isyarat jelas bahawa JPJ tidak akan berkompromi dengan pelanggaran yang boleh mengancam keselamatan awam.
Operasi Gempur Teknikal turut memberi fokus kepada pelbagai jenis kesalahan, termasuk:
JPJ menegaskan bahawa semua pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan mesti mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Termasuk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 133). Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). Mana-mana individu atau syarikat yang cuai boleh mengundang tindakan tegas tanpa sebarang kelonggaran.
Menurut JPJ, operasi ini bukan sekadar menghukum, tetapi juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mematuhi undang-undang. Pelanggaran peraturan, seperti membawa muatan berlebihan atau menggunakan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi turut menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Dengan pelaksanaan operasi ini, JPJ berharap dapat mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan. Inisiatif Gempur Teknikal juga dilihat sebagai langkah proaktif dalam membentuk budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab, sekaligus menyumbang kepada matlamat jangka panjang meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.
Justeru, pemilik kenderaan perdagangan disarankan untuk segera memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan mematuhi semua keperluan undang-undang. Jangan biarkan kecuaian membawa kepada tindakan undang-undang yang berat!
Dari Paultan
Baca Juga Kongsi “Roadtax”, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.