PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang mendadak sempena musim perayaan Aidilfitri. Dengan anggaran sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak antara 27 hingga 29 Mac serta 4 hingga 6 April 2025. Bagi mengurangkan kesesakan, PLUS mengambil inisiatif mengaktifkan sebanyak 28 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pelaksanaan Smart Lane dijangka meningkatkan kapasiti jalan raya. Sekaligus membantu melancarkan aliran trafik dan memendekkan masa perjalanan para pengguna.
Jika sebelum ini hanya 25 Smart Lane digunakan sempena Tahun Baharu Cina, kali ini jumlahnya bertambah kepada 28 dengan penambahan tiga lokasi baharu iaitu di Lingkaran Putrajaya, Pedas Linggi-Senawang, dan Tangkak-Jasin.
Senarai Lokasi Smart Lane
Wilayah Utara
- Bertam – Sg. Dua (KM120.6 – KM125.0, arah selatan)
- Bukit Tambun – Plaza Tol Juru (KM150.4 – KM146.4, arah utara)
- Hentian Sebelah Sg. Bakap – Jawi (KM159.3 – KM162.7, arah selatan)
Bahagian Tengah
- Gua Tempurung – Gopeng (KM303.2 – KM297.0, arah utara)
- Slim River – Sungkai (KM367.3 – KM354.0, arah utara)
- Sungkai – Slim River (KM354.0 – KM356.0, arah selatan)
- Kawasan Rehat & Rawat Rawang – Sg. Buaya (KM439.5 – KM435.5, arah utara)
- Setia Alam – Shah Alam (KM4.3 – KM8.1, arah selatan)
- Putra Mahkota – Southville (KM289.4 – KM292.6, arah utara)
- Susur Masuk MEX ke Lingkaran Putrajaya – Cyberjaya (KM P7.4 – KM P7.9, arah selatan)
Wilayah Selatan
- Port Dickson – Seremban (KM259.6 – KM263.1, arah utara)
- Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 – KM184.0, arah selatan)
- Pedas Linggi – Senawang (KM244 – KM248.5, arah utara)
- Sedenak – Kulai (KM34.0 – KM27.0, arah selatan)
- Pandan – Kempas (KM0.4 – KM6.0, arah utara)
Bagaimana Smart Lane Berfungsi?
Smart Lane adalah inisiatif khas di mana lorong kecemasan akan dibuka sebagai lorong tambahan di laluan tertentu bagi meningkatkan kapasiti jalan raya. Pengguna boleh mengenal pasti laluan ini melalui paparan Lampu Hijau Berkelip dan papan tanda khas yang menunjukkan bahawa ia sedang diaktifkan.
Had laju maksimum yang ditetapkan ketika menggunakan Smart Lane ialah 60 km/j, dan hanya kenderaan ringan serta persendirian dibenarkan menggunakan laluan ini. Walau bagaimanapun, waktu dan tarikh pengaktifan Smart Lane berbeza mengikut lokasi, jadi pengguna dinasihatkan untuk memerhatikan lampu hijau berkelip sebagai tanda laluan telah dibuka.
Persediaan Pengguna Lebuhraya
PLUS juga menggalakkan pengguna untuk merancang perjalanan mereka dengan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS. Selain itu, semua pengguna diingatkan untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik, menyemak baki kad Touch ‘n Go dan e-Wallet sebelum perjalanan, serta memandu dengan berhati-hati, terutama dalam keadaan hujan.
Dengan pengaktifan ini, PLUS berharap dapat membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Dari FB Plus Malaysia
Baca Juga Smart Lane – Halang Penggunaan dan Memandu Terlalu Pantas Adalah Salah
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.