Cukai jalan merupakan perkara wajib yang dikenakan ke atas semua kenderaan yang bergerak di atas jalan raya di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) wajib dipamerkan secara fizikal dan ditampal di bahagian hadapan cermin kereta.
Bergerak seiring dengan arus semasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendengar aduan pengguna tentang permasalahan yang dihadapi berkenaan dengan cukai jalan fizikal yang dikatakan kurang berkualiti.
Bermula Februari 2023, JPJ telah memperkenalkan e-LKM dan e-LLM (Lesen Memandu Malaysia) iaitu cukai jalan dan kad lesen memandu versi digital yang boleh diakses pada aplikasi rasmi MyJPJ di Google Playstore atau AppStore, jadi apa kelebihannya kepada pengguna?
1.Menjimatkan masa, tenaga dan kos
Kelebihanyang pertama adalah kita tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli pelekat cukai jalan, lantas dapat menjimatkanmasa, tenaga dan wangkerana tidak perlu lagi untuk ke pejabat JPJ untuk perbaharui cukai jalan. Cukup sekadar berurusan atas talian (melalui ejen insurans) dan hanya mempamerkan melalui telefon pintar sahaja, lebih mudah!
2.Tidak perlu risau jika tertinggal
Kedua, tidak perlurisau jika tertinggal kad lesen atau cukai jalan fizikal terutama ketika keluar bercuti ke luar negeri. Kad
ang kala mungkin kita terlepas pandang untuk membawa lesen memandu yang berada di dalam dompet kerana kecanggihan teknologi yang membolehkan pembayaran dilakukan melalui penggunaan telefon bimbit.3.Isu pemalsuan cukai jalan
Selain itu, tiada lagi masalah cukai jalan palsu atau terlupa tarikh luput. Bagi pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pemalsuan, kini sukar untuk mereka memalsukan setiap dokumen digital dalam MyJPJ kerana semua maklumat mempunyai Kod QR yang membolehkan penguatkuasa mengesahkannya.
Tambahan lagi, pengguna boleh semak tarikh luput di hujung jari melalui aplikasi MyJPJ, tiada lagi alasan “terlupa tarikh luput”.
Walaupun kerajaan memberi inisiatif baru ini kepada pengguna jalan raya, namun perkara ini bukanlah paksaan. Sebaliknya, system ini khusus untuk memudahkan rakyat bergerak tanpa perlu risau tentang dokumen sah kenderaan.
Buat mereka yang masih ingin menggunakan cukai jalan atau lesen fizikal, kerajaan masih memberi kelonggaran dan pilihan kepada mereka untuk melekatkan cukai jalan pada kenderaan dan membawa kad lesen fizikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.