Untuk memperingati ulang tahun ke-10 Vespa 946, sebuah model edisi khas “Bunny” baru-baru ini dilancarkan di Malaysia. Edisi ini pertama kali diperkenalkan di seluruh dunia pada Januari 2023 dan haiwan comel tersebut diabadikan sempena tahun Arnab menurut calendar cina.
Edisi Terhad Vespa 946 10 Anniversario adalah koleksi permulaan daripada siri yang akan berlangsung selama 12 tahun dan akan mencerminkan ikonografi kalendar lunar. Edisi ini, yang dipersembahkan untuk tahun Arnab hanya terhad kepada 1,000 unit sahaja dan mempunyai nombor siri untuk setiap unit. Inisiatif ini hanyalah permulaan projek 12 tahun yang mana edisi baru akan diperkenalkan setiap tahun dan diilhamkan oleh haiwan horoskop lunar tahun berkenaan.
Edisi “Bunny” Vespa 946 menonjol dengan warna Hijau Vespa klasiknya, dihiasi dengan gambar karikatur arnab di bahagian hadapan dan belakang. Skuter ini juga mempamerkan black double-upholstered saddle
yang dijahit dengan tangan serta roda juga dicat dalam warna Hijau Vespa.Struktur Vespa 946 lebih kepada aluminium termasuk panel sisi, fender, tempat duduk, dan handlebar cover. Pemilihan komponen ini mengurangkan berat motosikal ini malah harganya juga lebih mahal.
Skuter ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155cc, air cooled 4-stroke engine, memberikan output maksimum 12.7 kuasa kuda dan tork maksimum 11.5 Nm. Model ini juga menampilkan lampu LED penuh, panel instrumen LCD digital, brek cakera depan dan belakang, ABS, kawalan traksi dan tangki bahan api 8.5 liter.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.