Pada awal tahun lalu, jenama BYD YangWang telah memperkenalkan sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diberi nama U8 . Jentera hebat ini tampil menggunakan konsep elektrik 100% dan diyakini mampu menjadi pesaing kepada jenama SUV elektrik yang lain seperti Land Rover dan Mercedes-Benz.
Memetik laporan terbitan akhbar China, ia dilengkapi dengan motor elektrik pada U8 menghasilkan 220-240 kW (299 PS-326PS) dan daya kilas dari 320 Nm hingga 420 Nm. Gabungan ini menghasilkan hingga 1,304 PS dan daya kilas 1,680 Nm.
YangWang U8 mempunyai dimensi 5,300 mm panjang dengan jarak antara roda 3,050 mm yang dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci bersama tayar berukuran 275/60. Sebagai perbandingan, Land Rover Defender berukuran 5,018 mm panjang, lebar 2,105mm dan 1,967 mm tinggi dengan jarak antara roda adalah 3,022 mm.
Model U8 ini menggunakan BYD Blade Baterries, dimana platform kuasa elektriknya dikenali sebagai platform E4. Menariknya, komponen ini bergerak secara individu untuk setiap motor, lalu menghasilkan pengendalian yang responsif termasuk mod pemanduan semasa salji, berpasir dan paling tidak disangka, model ini mampu terapung dalam air selama 30 minit!
Fungsi terapung di atas air ini bukanlah bermakna anda boleh pergi memancing dengan U8, ia bertujuan untuk membantu anda mengemudinya jika tersangkut di dalam banjir. Kelajuan semasa menggunakan mod ini pula tidaklah laju, hanya 3 km/j sahaja.
Menurut BYD, U8 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3 saat sahaja dan motor individunya membantu kawal hamburan kuasa tork sehingga 1,000 kali per saat. Ia bagi memastikan pemandu sentiasa dalam kawalan kenderaan ini walaupun dalam situasi tayar pancit.
Tambah BYD lagi, YangWang U8 boleh meluncur sehingga mencapai kelajuan 120 km/j walaupun dengan tayar pancit. Selain itu, U8 adalah model pertama yang dilancarkan dari jenama YangWang dan SUV elektrik ini ditawarkan bermula dari 1 juta Yuan atau RM642,000 untuk pasaran China.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.