Berita

Bugatti Chiron Super Sport Golden Era, Projek Tempahan Paling Mencabar Pernah Dihasilkan

Share

Bugatti telah memperkenalkan satu lagi ciptaan istimewa, mendapat inspirasi daripada Chiron Super Sport yang mengagumkan, model one-off ini diberi nama Golden Era. Ia hadir dengan keunikan yang tidak ada pada mana-mana model Bugatti yang lain.

Kredit Foto: motor1.com

Menampilkan 45 lakaran model-model sebelumnya yang dilukis secara teliti menggunakan tangan di bahagian luar dan dalam hypercar terbabit. Model ini dihasilkan daripada program Bugatti Sur Mesure buat seorang pembeli yang menghubungi mereka melalui pengedar di Greenwich, Connecticut, Amerika Syarikat.

Kredit Foto: motor1.com

Projek yang dibimbing oleh bekas pengarah reka bentuk Bugatti, Achim Anscheidt, merupakan projek tempahan yang paling mencabar pernah dihasilkan mereka. Untuk menyiapkan bahagian luaran sahaja mengambil masa lebih 400 jam untuk diselesaikan.

Kredit Foto: motor1.com

Tambah beliau lagi, pembeli ingin menempah sesuatu yang unik bagi meraikan Chiron Super Sport kerana menganggap ia “momen mercu tanda dalam dunia automotif”. Oleh yang demikian, pasukan reka bentuk telah mencadangkan konsep lakaran pada badan Chiron, maka terhasil model one-off Golden Era.

Kredit Foto: motor1.com

Bugatti telah mencipta kaedah baru untuk melukis lakaran yang menawan pada rangka Chiron terbabit dengan menggunakan pensil. Satu proses yang memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tiada tandingannya.

Kredit Foto: motor1.com

Di samping itu, bukan sahaja rekaan grafik harus dititikberatkan, malah ia mesti mengharungi ujian masa yang lama selagi hypercar ini berfungsi dan pastinya Golden Era

akan banyak menghabiskan masa di bawah bumbung berbanding di jalan raya.
Kredit Foto: motor1.com

Bahagian penumpang kereta mempamerkan 26 lukisan model Bugatti terkenal seperti Type 41 Royale dan Type 57 SC Atlantic. Sebaliknya, bahagian pemandu memaparkan 19 lakaran kereta Bugatti yang lebih terkini seperti EB110, Veyron, Chiron, Divo, Centodieci dan La Voiture Noire.

Kredit Foto: motor1.com

Model ini menampilkan warna emas unik yang dipanggil Doré yang digabungkan dengan warna metalik hitam di bahagian hadapan. Untuk bahagian dalam, terdapat lukisan pelbagai model Bugatti pada kemasan pintu, termasuk kereta lumba EB110, Veyron, Chiron, Type 35 dan pelbagai lagi.

Kredit Foto: motor1.com

Kabin kereta itu mempunyai gabungan kulit dua tona dan gentian karbon matte. Ia juga mempunyai jahitan pada tempat duduk yang mewakili “Golden Era”

dan plat dengan tahun kelahiran bagi setiap model Bugatti di sisi.
Kredit Foto: motor1.com

Model ini akan ditayangkan di Monterey Car Week bersama beberapa model eksotik lain sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Kredit Foto: motor1.com

Pihak Bugatti sehingga kini tidak mendedahkan harga model unik itu, tetapi memandangkan hasil kerja yang dilakukan, sudah pasti harganya akan jauh lebih mahal daripada Chiron Super Sport standard yang berharga $3.5 juta (RM16 juta).

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan