Berita

Boleh Dihidupkan Menerusi Telefon Pintar, Honda WR-V Laris Di Malaysia!

Share

Honda Malaysia hari ini telah melancarkan satu lagi unit terbaru daripada keluarga SUV Honda iaitu Honda WR-V 2023. Model WR-V (Winsome Runabout Vehicle ) ini sedikit sebanyak menyerupai model honda City Hatchback namun dengan reka bentuk yang lebih sporty dan kecil berbanding HR-V.

SUV merupakan salah sebuah segmen kereta yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, justeru Honda mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Model WRV di mana model ini adalah lebih kecil daripada model SUV Honda yang lain itu HR-V & CR-V.

Sejak tahun 2015, model HR-V telah terjual sebanyak 130,000 unit sehinga ke hari ini dan untuk model WR-V pula Honda telah mendapat tempahan sebanyak 2500 unit bermula daripada jun 2023.

Model WR-V hadir dengan empat varian bermula daripada variant 1.5L S dengan harga RM89,900, diikuti dengan variant 1.5L E yang beharga RM95,900 dan spesifikasi yang tertinggi adalah variant 1.5L V dengan harga RM99,900.

WR-V juga hadir dengan model 1.5L RS seperti model-model honda yang lain dan varian ini hadir bersama sportrim bersaiz 17 inci, panel meter yang mempunyai jarum bewarna merah serta rekaan kusyen dalaman yang bewarna hitam dan dilengkapi dengan garisan bewarna merah.

Mempunyai keluasan bonet 380L yang boleh memuatkan 5 unit bagasi bersaiz 20L dan dua unit bagasi golf, Honda WR-V sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga mahu pun individu bujang yang ingin memiliki kereta pertama.

Daripada segi keselamatan, Honda WR-V dilengkapi dengan sistem keselamatan Honda Sensing seperti model-model honda yang lain. Apa yang lebih menarik, Honda telah memperkenalkan Honda Connect untuk model ini yang mana anda boleh menghidupkan kenderaan hanya menggunakan telefon pintar melalui aplikasi Honda Connect.

Lebih menarik, apabila anda meletakkan kenderaan di tengah panas, anda boleh mnghidupkan pendingin hawa melalui aplikasi agar kenderaan telah sejuk sebelum anda memulakan pemanduan.

Secara keseluruhan, reka bentuk yang vibrant and bold pasti menarik mata setiap orang yang melihatnya. Pelancaran Honda WR-V di Malaysia hari ini telah dirasmikan oleh Encik Hironobu Yoshimura (Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd) dan Encik Sarly Adle Sarkum  Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn. Bhd.)

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.