BMW i7 xDrive60 M Sport Sedan. Istana Elektrik Di Jalanan, Jarak Perjalanan Sehingga 615 KM

Share

Sedan berkuasa elektrik i7 xDrive60 M Sport pertama dari BMW kini tersedia untuk pasaran Malaysia.  Selepas diperkenalkan kepada pasaran global pada Julai 2022, kini BMW Malaysia sedang giat mempromosikan model ini dan juga varian elektrik yang lain buat pengguna di Malaysia.

Kredit Foto: caranddriver.com

BMW i7 secara amnya boleh dikategorikan sebagai sebuah sedan mewah setaraf dengan Porsche Taycan, Mercedes S-Class dan juga Audi S7. Rekaan i7 lebih memfokuskan kepada keselesaan penumpang belakang berbanding pemandu.

Kredit Foto: caranddriver.com

Justeru itu, majoriti pelanggannya terdiri daripada ketua syarikat, orang berpengaruh dan kenamaan serta mereka yang lebih mementingkan keselesaan di atas jalan raya berbanding kuasa. Dari segi dimensi, panjang i7 berukuran 5,391mm dengan lebar 1,950mm dan tinggi 1,544mm.

Kredit Foto: caranddriver.com

Namun, jangan terpedaya dengan rekaan yang sopan ini. Di bawah casis, terdapat 400kW atau 544 kuasa kuda dan daya kilas 795 Nm menjadikan ia sebuah model ‘sleeper’ yang sangat berkuasa tinggi.

Kredit Foto: caranddriver.com

Pecutan dari 0-100km/j hanya memerlukan 4.7 saat sahaja, sangat laju untuk kereta seberat hampir 3 tan. Untuk jarak perjalanan, i7 mampu bergerak sejauh 615 km dengan sekali pengecasan.

Kredit Foto: caranddriver.com

Masa mengecas untuk tempoh jarak 100km hanya memerlukan enam minit sahaja jika disalurkan melalui terminal pengecasan berkuasa tinggi, manakala untuk terminal pengecasan pantas masa yang diperuntukkan hanya 21 minit untuk jarak perjalanan 100 km.

Kredit Foto: caranddriver.com

Untuk bahagian luaran, ia dilengkapi dengan rekaan gril hadapan yang ikonik dan juga lampu utama yang menggunakan Swarovski kristal sebagai elemen utama. Ia tampak lebih berkelas dan penuh karakter pada model ini.

Kredit Foto: caranddriver.com

Oleh kerana i7 dikuasakan oleh elektrik, terdapat penderia di sekitar kereta dengan tujuan yang berbeza bagi setiap satu. Sebagai contoh, terdapat sensor pada bahagian pintu yang membolehkan pintu dibuka dengan menekan butang tertentu.

Kredit Foto: caranddriver.com

Ruangan kabin pula ditawarkan dengan pelbagai perincian berteknologi tinggi yang boleh dijangkakan ada pada sebuah sedan mewah. Salah satunya, suasana dinamik dari sistem kawalan pelbagai fungsi yang bersambung dari paparan pemandu hingga ke bahagian tengah kokpit.

Kredit Foto: caranddriver.com

Selain itu, tempat duduk penumpang dengan fungsi urut dan juga ruang rehat pada bahagian kaki turut disertakan pada model ini. Ia bagi memastikan pemilik sentiasa selesa untuk pelbagai acara yang menanti apabila melangkah keluar dari i7.

Kredit Foto: caranddriver.com

Sebagai pilihan tambahan, pemilik boleh menambah skrin teater BMW bersaiz 31.3 inci pada ruang belakang yang turut disertakan dengan sistem audio Bowers & Wilkins pada panel pintu sekaligus menjadikan setiap perjalanan itu suatu pengembaraan yang selesa.

Kredit Foto: caranddriver.com

Tawaran harga bagi model BMW i7 xDrive60 M Sport ini bermula dari RM 729,800 untuk pasaran Malaysia yang mana untuk bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM9,367 sebulan selama 60 bulan. Untuk maklumat lanjut, peminat boleh layari https://www.bmw.com.my

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan